Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Apr-2008 04:14 Email | Share | Bookmark
Masakan hujung minggu.

Asam Pedas
Apam ayu
 
 
 
Asam Pedas lagi ......kali ni dengan Ikan tenggiri pula. Asam Pedas Melaka ni Haniss rujuk dari buku masakan Rampairasa Selatan oleh Puan Asiah Shamsudin. Ada kelainan skit daripada Asam pedas yang dibuat sebelum ni, kali ni ada bahan tambahan seperti jintan, ketumbar dan juga kerisik.......adakah ini memang oroginal resepi Asam Pedas Melaka? Tanya juga kat opismate yang asal dari Melaka pun dia tak berapa pasti...... ..tak kisah la macam mana pun, janji dapat memenuhi selera kan........






Asam Pedas Melaka
Sumber : Pn. Asiah Shamsudin

Bahan:

500gm ikan tenggiri - dipotong 2cm tebal
30gm asam jawa - ambil 3 cawan air asam
1/4 biji kubis - dipotong 3 dan jangan dibuang empulurnya (hanis gunakan terung)
1/2 cawan minyak masak
2 sudu teh kerisik
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

Bahan dikisar halus

1 sudu besar ketumbar*
1/2 sudu teh jintan kasar*
1/2 sudu teh jintan halus*
30 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm belacan
1cm kunyit
1cm halia

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan 1/2 cawan air asam, gula dan garam. Kacau 2-3 minit kemudian masukkan kerisik dan biar 3-5 minit baru dimasukkan baki air asam dan kubis.
2. Apabila kubis setengan masak, masukkkan ikan biarkan sehingga 10 minit barulah diangkat.

* digoreng tanpa minyak hingga wangi, kemudian kisar.


Inilah buku masakan Rampairasa Selatan tersebut, dimana kebanyakan himpunan resepinya dari selatan tanahair iaitu Johor dan Melaka....diantara buku Masakan terawal yang dibeli, masa raman remaja lagi sekarang ni baru lah nak praktikkan .





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net