Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Apr-2008 04:46 Email | Share | Bookmark
Masakan hujung minggu - part 2





Untuk minum petang, Kuih Puteri Ayu.......resepi yang dah teramat lama disimpan (dari Rest. Pak Amir). Anak no. 2 yang baru baik dari demam minta buatkan kuih ni, kebiasaanya kalau ke pasar malam mesti dia akan minta belikan Puteri Ayu ni.



Kuih Puteri Ayu
Sumber: Restoran Pak Amir

Bahan bahannya
4 biji telur
250gm gula
300gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar Ovalette
250ml susu sejat
sedikit pewarna hijau - haniss blend daun pandan bersama susu untuk mendapatkan warna hijau dan tapiskan.
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja) digaul dengan sedikit garam & tepung ubi

Cara membuatnya:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang, masuk Ovalette dan pukul lagi.
2. Masuk tepung berselang seli dengan susu - gaul rata
3. Sapu acuan dengan sedikit minyak, letakkan sedikit kelapa dibahagian bawah acuan.
4. Tuangkan adunan dan kukus 10 - 20 minit.





Dalam minggu lepas memang sibuk dan agak kelam kabut sikit, anak no. 2 kena demam yang agak kuat, mula² ingat demam biasa jer tapi masuk hari ke 5 masih tak surut² lagi dan sakit badan katanya...ubat yang dimakan pun dah nak habis. Tengok keadaanya yang lemah tu hanis bawa keklinik untuk rawatan ulangan dan buat blood test ....hrmmmm kena demam denggi rupanya patut la lemah sesangat dia, apa lagi kena tahan kat ward laaaa...berkampung la kat situ selama 4 hari bemula 26/3 - 29/3. Alhamdulillah hari sabtu dah boleh keluar ward dan platlet darah pun semakin naik..selepas dimasukkan hampir sedozen botol air tu.....suruh minum 100 Plus tak lalu pula dia, kesian Najihah.
Hari Ahad tu ibunya pun bolehlah berehat skit dan santai² lat rumah sambil masakan Asam Pedas Melaka dan Puteri Ayu....khas buat anak yang baru keluar sepital......







sedikit info mengenai demam denggi dari wikipedia
Quote:

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Diagnosis
Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.
Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.

Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net