Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Apr-2008 07:52 Email | Share | Bookmark
Asam Laksa & Roti Arab

Asam laksa
Roti Arab
Roti Arab
Laksa, salah satu makanan paberet...kalau pergi mana² jamuan dan ada menu laksa mesti nak merasa tak kisah lah apa jenis laksa pun. Kali ni buat sendiri Asam Laksa...baru puas makan, siap berulang² pulak tu makan dari siang ke malam ....apa nak buat , memang suka sangat dengan laksa. Memula nak buat Laksa Utara yang macam selalu mak buat dan nak gandingkan dengan sambai nyok Kak Rus, tapi tertukar plan pulak..akhirnya buat Asam Laksa (ikut resepi dar CARI FnR)...dan secara kebetulan sepupu yang masih belajar kat sini bertandang, rezeki dia lah dapat makan laksa.....pastu siap puji (puji skit jer tak banyak pun ) "best la laksa kak ni, lebih kurang cam Laksa Shack tu lah"........part lebih kurang tu yang tak syok dengaq ni....





Quote:

Assam Laksa [Shidaaziz]

1 bungkus laksa basah
Timun
Nenas
Cili merah hiris
Daun pudina
Bawang besar
Telur rebus

4 ekor ikan kembung (rebus dengan 5 hingga 7 keping asam keping). Ambil isi sahaja. Jangan blend atau racik. Just pecah-pecahkan kasar-kasar. Simpan stock ikan untuk kuah

Bahan A
15 tangkai cili kering (agak-agak le nak pedas mana ni)
10 - 15 biji cili api
5 - 6 bawang kecil
3 garlic
sedikit lengkuas
sedikit halia
belacan
1 serai - ketuk je
1 bunga kantan belah 4
Daun kesum
Senggengam asam jawa buat jus
5 keping asam keping
5 sudu makan otak udang
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Blender bahan A
2. Masukkan bahan A dalam stok ikan
3. masukkan serai ketuk, bunga kantan, daun kesum, air asam jawa & asam keping
4. Bila dah mendidih pertama kali, masukkan otak udang. Waktu ni kena masak lama sebab kalau tak nanti bau otak udang tu macam mentah.
5. Last sekali baru masuk isi ikan. Isi ikan jangan masak terlalu lama sebab nanti keras. Dan jangan kejap sangat nanti ikan tu lembik pulak.





Ni pulak Roti Arab, rasa teringin sesangat nak makan lepas tengok Mamasya hidangkan minggu lepas dan juga Mama Sofwat pun pernah membuat tayangan roti Arabnya (spesel dari Cairo) tak lama dulu .....dan terimakasih banyak² untuk Kak Liza untuk tatacara dan bahan² membuat roti Arab ni. Buat separuh adunan saja, tapi tak sangka pula dapat sambutan hangat kat rumah... lenkali kena buat 1 adunan penuh la gamaknya....

Quote:

ROTI ARAB
Sumber Fp Soulha Cairo@Sue, resepi asal k.Liza.

Bahan
500 gm tepung hi-protin ]
1 paket yeast..mauripan ] gaul rata
50 gm gula kastor/halus ]
Secubit garam
250 ml air suam
6 s/b shortening +++++ guna butter jer.
Cara
1 . Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 atau 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
5. Bahagikan supaya menjadi ketulan keci.
6. Leperkan dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
7. Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak.
8. Panaskan dgn api yg paling kecil. Tutupkan kuali.
9. Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekungan/garing.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net