Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Apr-2008 01:49 Email | Share | Bookmark
Asam Tumis Ayam & Snowball cookies

Asam Tumis Ayam
Snowball Cookies
Snowball cookies
belum bakar


Asam Tumis Ayam, masa tengah masak ni bau semerbak bunga kantan... sedap dimakan semasa nasi tengah panas.



Quote:

ASAM TUMIS AYAM
Sumber : NoorMasri - FnR
Bahan-bahan:
1 kg ayam } potong kecil
1 kuntum bunga kantan }hiris
2 btg serai }diketuk
1 sudu besar asam jawa*
2 cawan air *
1 sudu besar gula
5 sudu besar minyak utk menumis
garam secukup rasa
* campurkan air dan asam jawa utk menghasilkan air asam jawa

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
sedikit belacan
2-3 btg serai
5 ulas bawang putih
1.5 cm lengkuas
1.5 cm kunyit hidup
5-6 ulas bawang merah

Cara membuat:
Panaskan minyak. Goreng bahan kisar, bunga kantan dan serai hingga wangi dan naik minyak
Masukkan ayam, goreng sekejap selama 2-3 minit
Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih
Masukkan gula dan garam secukup rasa
Kecilkan api, renehkan sehingga ayam empuk
Angkat dan hidangkan panas2 bersama nasi putih







Nak perabihkan stok hazelnut yang terperap lam peti sejuk, lepas belek² segala jenis cookies terjumpa Snowball Cookies ni...cukup senang dan simple untuk dicuba...senang banget tu, takat nak mencapurkan semua bahan, bulatkan dan bakar....pastu gaul dengan gula.. ..macam susana nak raya pulak bila buat cookies ni... . Rasa cookies ni macam biskut makmur tetapi yang ni keseluruhan biskut ada kekacang.



Quote:

SNOWBALL COOKIES
Sumber: Baya - RNet.
Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan nuts dicincang (pecan atau walnut) - hanis guna hazelnut
1/4 cawan gula
1 cawan butter
esen vanilla
gula icing - untuk roll kan biskut.

Cara membuatnya
1. Panaskan oven 180
2. Campurkan semua bahan dan putar dengan kelajuan rendah selama 3-4 minit atau sebati.
3. Bulatkan adunan sebesar 1" dan susun kedalam loyang.
4. Bakar selama 18-20 minit atau sehingga keperangan.
5. Bila dah masak terus golekkan kedalam gula semasa tengah panas.
6. Selepas dah sejuk golekkan sekali lagi dalam gula.


Nota Haniss :
-Hazelnut hanis toast kan sekejap (dlm 7 minit) kemuadian buang kulit dan ditumbuk sikit² sekadar hancur atau pecah ala kadar jer. Bila dah makan biskut ni nanti kita kunyahla kekacang dalam tu....senaman gigi tu.
-Boleh saja rasanya nak menggunakan apa² kekacang, walnut, pecan, almond ataupun hazelnut.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net