Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-May-2008 16:14 Email | Share | Bookmark
Perkara keju lagi

 
 
 
 
 
Perkara keju lagi...kes nak habiskan stok keju yang lama terperap lam petiais,kali ni buat Marble Cheese Brownies pulak. Sebenarnya bukan berturut turut buat kek yang berkeju ni, adalah berselang 2-3 hari,, nak meng`update' kan dlm fp tu yang lambat almaklumlah agak sibuk sikit sekarang ni. Terima kasih tak terhingga juga pada maklang dan mamasya yang mengenengahkan `Marble Cheese Brownies ni dlm fp mereka sehingga membuatkan Haniss berkobar kobar nak mencubanya dan memang sedap pun.






Quote:

Marble Cheese Brownies
Sumber: Buku The Joy of Baking/Noraishah Ahmad (Rnet)

Bahannya:
Lapisan bawah
120gm mentega
150gm semi-sweet coklat
2 sudu besar golden syrup - ikut maklang & mamasya , letak gula pasir
2 biji telur size A (dipukul)
1 sudu teh esen vanilla
60gm tepung kek
1/2 sudu teh serbuk penaik

Lapisan cheese
250gm cream cheese
100gm mentega
1 biji telur

Cara membuatnya:
Cairkan coklat dan mentega, biarkan sejuk
Pukul telur hingga kembang dan sedikit demi sedikit tambah golden syrup dan campuran coklat mentega tadi.
Kemudian tuang campuran tepung dan serbuk penaik
Tuang 3/4 campuran kedalam acuan 6"x9"x2". bakar pada suhu 180c (ikut jenis oven masing2) selama 10 minit.
Tuang inti keju keatas lapisan kek yang sudah masak.
Tuang campuran yang lebih itu keatas inti keju dan bentukkan corak marble.
Bakar pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga masak.
*Saya hanya tinggalkan sesenduk kecil adunan utk buat corak atas cheese dan bakar dlm loyang 8"x8"x3"




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net