Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 29-May-2008 13:18 Email | Share | Bookmark
Gulai udang lemak padang dan kek marble susu

gulai udang lemak padang
kek marble susu
kek marble susu
Gulai udang lemak padang...kemain panjang lagi nama masakan ni..tapi selepas dimakan rasanya lebih kurang cam masak lemak la jugak, cuma kalau nak lebih pedas menyengat tu bileh lah tambahkan cili api lagi. Masakan udang ni haniss tiru terus dari majalah SAJI tanpa cerita panjang lagi haniss taip resepinya cam kat bawah.





Gulai Udang Lemak Padang
Sumber: SAJI

Bahan
500gm Udang saiz sedehana
dua batang serai
6 tangkai cili padi (ketuk)- boleh tambah kalau nak pedas
1 tangkai cili merah - belah dua
santan pekat - anggaran dlm satu setengah cawan

Bahan kisar
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
dua ulas bawang putih
halia
kunyit hidup

Caranya pula
-Masukkan bahan yang dikisar dalam periuk bersama santan, serai yang diketuk, cili padi dan cili merah.
-Didihkan dengan api sederhana selama 0 minit.
-Kacau rata supaya tidak pecah santan, Masukkan udang dan masak lagi sehingga beberapa minit atau sehingga udang dah masak.
-Masukkan garam secukup rasa.
* Boleh tambah sayuran seperti kacang buncis atau pun kacang panjang.[/quote]



Kek marble susu ni pulak rasanya kebanyakan rakan rakan kat fp ni dah ramai yang mencubanya.... dan ternyata memang sedap juga lah kek ni..cuma part melayer tu lah yang kurang skit, kes nak cepat main hentam letak 1 senduk setiap layer . Letak jugaklah resepinya kat sini sebagai rujukan....





Quote:

KEK MARBLE SUSU
Sumber : Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan :
250gm butter
230gm gula caster,
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour - hanis guna tepung kek
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco

Cara-cara :
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net