Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 7-Jun-2008 14:31 Email | Share | Bookmark
Nasi Goreng TomYam & Ulang tayang Apam Yogurt

 
Menu yang cukup ringkas untuk makan malam hari ni, kalau lepas balik kampung susah betul nak dapat masak2 ni, sebab kat sana puas makan masakan mak dan sempat jugaklah jalan2 carik makan sampingan masa kat kedah hari tu...
Sedap pulak makan nasi goreng ni, dan berbanyak terimakasih kepada Kak Liza yang sudi berkongsi resepi ni....





Quote:
Nasi Goreng Tomyam
Sumber : kakliza

Bahan
2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm isi ayam - tak letak pun
100 gm carrot [potong dadu]
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 bij telur
daun ketumbar [racik]
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan.


Nota:Haniss tambahkan beberapa helai hirisan daun limau purut semasa menggoreng.



Sesi ulang tayang apam yogurt.......apam ni memang berkhasiat sebab letak yogurt low fat tu, umur semakin meningkat ni kesihatan kena lah jaga jugakan....
Resipinya kita tiru bulat2 dari Myresipi.com.



Quote:

Apam Yogurt
Sumber: Yani (Myresipi.com)
Bahan-bahan ( 8 biji )

* 2 biji telur
* 50g gula
* 100g plain yogurt
* sedikit esen vanila
* 1 sudu besar minyak masak
* 150g tepung gandum
* 2 sudu kecil baking powder

Cara-cara

1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
2. Masukkan yogurt, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
4. Ceduk masukkan ke dalam acuan yang sesuai.
5. Akhir sekali kukus sehingga masak selama 20-25 minit


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net