Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 8-Jun-2008 10:27 Email | Share | Bookmark
Kuih Udang Alor Gajah

 
 
Semasa ke Melaka tempohari (citer bulan lepas ni) dalam perjalanan balik tu singgah kat Alor Gajah sebab nak merasa Kuih Udang Alor Gajah yang agak popular tu, senanglah jugak nak mencari medan selera yang menyediakan kuih udang ni. Ok lah juga rasanya tapikan sebenarnya sekor udang pun kita tak jumpa dalam tu..... . Kuih udang ni ada campuran popia, tauhu, timun, ayam goreng dan apa lagi erk...dah lupa laaa
Untuk minum petang hari ni Haniss telah buatkan kuih udang yang mirip2 Kuih udang Alor Gajah tapi dengan banyak udang sekali, sukatan tepung sama banyak dengan udang kali ni...puas makan.




Ni lah kuih udang Rahaniss, ada tauhu, tempe, telur rebus dan juga kentang dan tak ketinggalan kuih udang yang penuh dengan udang..

Kuih Udang - macam buat jemput udang tu lah, tapi ni versi Haniss la

Udang basah - sama banyak dengan sukatan tepung
Tepung gandum
Daun kucai
1 biji telur
1 biji bawang besar - didadu
air secukupnya dan garam.

Bancuhkan bahan diatas dan goreng.

Bahan sampingan

Telur rebus
kentang rebus
Tauhu
Tempe

Sediakan satu bancuhan tepung, celupkan bahan diatas dan goreng hingga keperangan. Bila dah siap semuanya potong nipis bersama kuih udang tadi, beserta timun. Sedia untuk dimakan bersama denngan sos.

Sos/pencicah - sos pun buat sendiri tau

1/2 cawan cili blender
1/2 cawan gula
1/4 cawan cili sos
sedikit garam & air asam jawa
bijan - digoreng tanpa minyak.

1. Masak cili dengan 1 cawan air hingga agak pekat.
2. Masukkan gula, sos cili dan air asam jawa.
3. Bila dah pekat, sesuaikan rasa. selepas tutup api baru masukkan bijan.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net