Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 14-Jun-2008 12:16 Email | Share | Bookmark
Gulai daging bersama rebung dan Kuih Cara

Gulai rebung daging
Cara Manis
 
Dah lama rasanya tak makan rebung dan secara kebetulan semasa ke pasar tadi terpandang rebung dkt bahagian sayur2 kampung, dalam hati fikir kalau digulaikan dengan daging mesti sedap ni..apa lagi terus beli la rebung tu dan teruskan kerjakannya untuk makan tengahari.gulai daging rebung ni haniss ikut kebiasaan yang mak buat kat kampung.


nampak dalam gambar saja merah, kat luar tak la macam ni, salah teknik kut ambik gambar...

Gulai daging rebung - anggaran jer ya.

400gm daging - guna daging tetelpun boleh
200gm rebung - nak letak lebih pun boleh
1 peket serbuk kari daging - jadikan pes
2cm halia - dihiris
1 btg serai - dititik
santan cair dan pekat

bahan kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering

bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntumbunga cengkih

Caranya pula

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
2. Setelah itu masukkan bahan kisar dan rempah kari, biar pecah minyak
3. Masukkan daging, halia dan juga serai dan masak sehingga daging nak empok baru letakkan santan cair.
4. Masukkan santan pekat beserta rebung* yang direbus terlebih dahulu dan juga garam.
Sesuaikan rasa.

* beli rebung segar, rebus dulu dan kemudian potong nipis.





kuih cara manis untuk minuman petang, ambil dari fp madiha, terima kasih banyak2 yer lain kali nak cilok lagi resepi kat situ......

Quote:
Cara Manis

Bahan2
2 biji telur
3 cawan santan (Madiha guna santan kotak saiz kecil.. jadikan 3 cawan ditambah air)
secubit garam
2 cawan tepung gandum
opss.. terlupa lakk.. sedikit pewarna hijauu... (kalau nak blend daun pandan pun boleh.. 5 - 6 helai pandan.. blend dgn 1 cwn air.. tp.. kurangkan sukatan santan 1 cawan.. means.. gunakan santan pekat 2 cawan je sebab jumlah cecair = 3 cawan)
gula secukupnya..
Minyak masak secukupnya..
Daun pandan diikat untuk digunakan semasa menyapu minyak pada acuan.

Cara2
1)Pukul telur + garam dengan whisker... tambahkan santan & pewarna hijau pukul sikit lagi. Pastu tambahkan tepung sikit demi sikit dan bancuh rata.. tapiskan ke dalam jug..supaya mudah nak tuang semasa nak masak kuih cara..
2)Panaskan acuan cara dengan api yg kecil.. sapukan minyak tiap2 lubang acuan dengan menggunakan daun pandan.. tuangkan bancuhan ke dalam lubang kuih cara satu persatu hingga habis.. kemudian gunakan sudu kecil untuk masukkan sedikit gula setiap kuih mengikut giliran satu persatu... means.. kena ikut mana yg 1st, 2nd & seterusnya. (Jangan plak mulakan bubuh gula pd kuih yg last sekali anda tuang td... sebab tepungnya belum masak lagi.. gulanya akan jatuh kebawah & akan menghanguskan kuih anda.) Madiha masukkan 1/3 sudu kecil gula tiap sebiji cara.. kalau suka lebih manis boleh masukkan setengah sudu kecil atau ikut selera anda sendiri
3)Tutup acuan cara guna penutup periuk.. dan biar hingga kuih masak.. bila dah masak.. keluarkan kuih dan ulang spt no. 2 tadi hingga habis..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net