Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Jun-2008 03:34 Email | Share | Bookmark
Kek Mentega Pandan Kelapa

Belum dan lepas bakar
Dah masak dan potong
Siap hidang
Tak sabar2 nak buat kek ni, lepas beli kelapa kering terus jalankan operasi Kek Mentega Pandan Kelapa ni..masa tengah bakar tu bau harum semerbak jek, dan betullah kata maklang budak2 kurang suka skit...sebab ada kelapa rasanya.....Haniss buat setengah adunan saja sebagai percubaan..






Quote:

Kek Mentega Pandan Kelapa
Sumber : http://resipinoraini.blogspot.com - fp maklang

Bahan-bahan :
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur B
60 ml santan segar @kotak
1 sudu besar pes pandan
240 gm tepung kek@ tepung gandum
30 gm kelapa kering
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahagian atas (topping):
40 gm mentega
35 gm gula aising
55 gm kelapa kering

Cara Membuatnya :
1. Putar mentega dan gula hingga gebu dan putih selama 10 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3. Masukkan santan dan pes pandan sedikit-sedikit hingga sebati dalam adunan.
4. Tepung diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit2 ke dalam adunan diatas.Diikuti dengan kelapa dan gaul
5. Griskan tin pembakar empat segi atau bulat berukuran 9 inci dan lapik kertas serap minyak.
6. Tuangkan adunan kek kedalamnya.
7. Untuk topping, pukul mentega & gula hingga sebati, masukkan kelapa dan gaul lagi.Taburkan topping diatas adunan.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net