Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-Jul-2008 12:30 Email | Share | Bookmark
Jom Makan...

 
 
Baru masak
Makaroni & Cheese
Sos Lada hitam
Potatoes Gratin
Dah siap sepinggan
 
Hari ni rasa free skit dan rasa pulak nak makan LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED yang mana kebanyakan rakan2 masak kat fp ni dah ramai yang mencuba dan menayangkan ayam yang tengah tergolek tu kat sini...boleh menitik air liur woooooooo.... ...Masa en. suami ke pasar tadi dah siap2 pesan kalau beli ayam tu jangan dipotong sebab nak masak lain dari yang lain skit hari ni.........

Dah siap2 semua perap ayam tu baru teringat lemon pulak tak ade, limau kasturi ada la...nak letak takut nanti tak menepati piawaian pulak....... bergegas sekejap kat supermarket (dekat jer lam 10 minit + parking kereta semua) sekadar tujuan nak beli lemon tapi biasalah kan mesti terlajak beli benda lain sekali... .
Lepas dah siap bakar tu masing2 tak sabar tunggu sesi fotografi habis sebab nak makan...Selain Ayam tu Haniss buatkan Potatoes Gratin, Makaroni & Cheese serta sos lada hitam...






Ni Haniss punya pinggan.......memula eksen tak masak nasi...tapi bila dah petang rasa berkeroncong pulak...perut melayu nak kena cari nasi juga....


letak juga resipinya kat sini...sebagai rujukan diri sendiri..
Quote:
LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Diolah oleh Jeni

1 kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil - guna minyak masak jer
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
carrots - terlupa letak
1 biji bawang besar dibelah 4 -
2 sudu serbuk Paprika - tak letak, hanis letak sesudu cili blender
Kicap Pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit.
Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..bersama mashed potato dan salad....



Jumpa resipi ni kat salah satu website (dah lama terperap ni) dan sekarang baru nak `test' dan anak2 puji sedap dan suka kentang dimasak macam ni ..kena buat lagi lah tu.
Selepas dialih bahasakan lebih kurang resipinya cam kat bawah ni lah

Quote:

Potatoes Gratin

3 biji Ubi kentang - hiris nipis
Susu segar
1 ulas bawang putih - hiris nipis
Grated cheese
Garam & lada sulah
Oregano.

Cara membuatnya
1. Ubi Kentang direbus sampai setengah masak dengan bawang putih, lepas itu toskan.
2. Masukkan kentang tadi kedalam bekas, tuangkan susu fresh, garam serta lada sulah dan taburkan cheese diatasnya. taburkan juga sedikit oregano.
3. bakar selam 1 jam dengan suhu 180.



Sos lada hitam - dah banyak kali jugalah masak sos lada hitam ni, kadang2 tu untuk dimakan dengan daging bakar. Belajar dengan sorang rakan yang rapat juga di `alam siber' yang dulu lama menetap di UK (sekarang dah balik mesia dah). Terimakasih banyak2 untuk Pn. Kiki (yg kini menetap diutara tanahair), senang dan ringkas saja nak buatnya.......

Sos Lada Hitam

Bahan2
Ayam - Beberapa ketul kecik beserta dengan tulangnya sekali dgn 1-2 cawan air(guna stok ayam pun boleh)
Butter - anggaran dalam 2 sudu besar
Lea & Perrins sos (Worcestershire sauce) - Haniss guna sos tiram saja
sedikit kicap
Lada hitam - tumbuk
gula dan garam
tepung jagung - bancuh skit dgn air.
1 labu bawang besar - di dadu

Cara membuatnya
1. Panaskan butter tadi, biar cair skit masukkan bawang besar yang di dadu & stok ayam tadi sehingga menggelegak.
2. Masukkan pula sos dan kicap tadi, gula dan gararam dan akhir sekali bancuhan tepung jagung.
3. Masakkan sehingga ianya agak pekat.......Siap untuk dihidangkan.


Paling senang - rebus makaroni dengan sedikit minyak sehingga lembut, tos sekejap dan masa tengah2 masih panas tu taburkan parutan keju dan gaul.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net