Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Jul-2008 14:34 Email | Share | Bookmark
Kek Chiffon Pisang

 
 
 
 
 
Kek Chiffon ni buat hari minggu yang lalu..dah lama nak buat kek (selepas tengok kat. fp Yullina tu) ni tapi asyik tertangguh sebab asal jer nak buat pisang dah pun habis dimakan budak2 kat rumah (sekali dengan ayah dan mak budak ). Jadi hari ahad bebaru ni lepas jer beli pisang terus Haniss kerjakan projek ni.....apa2 makanan yang berkaitan pisang memang jadi paberet kat rumah ni.....
Untuk Yullina, terima kasih banyak2 atas resipi ni & memang sedap pun.




Quote:

Banana Chiffon Cake
Sumber: perantaukitchen.fotopages.com - (Yullina)

Bahan-bahannya.
A
7 biji putih telur
3 oz gula halus
1 sudu teh cream of tartar - guna 1 sudu teh lemon jus

B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
7 oz tepung naik sendiri - haniss guna tepung gandum jer
3 oz minyak masak
3 oz Air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk santan
2 bijik pisang (yg Besar) - haniss guna 3 biji pisang montel & lecekkan

Caranya:
1) pukul bahan A sampai bertanduk (jangan letak gula berlebihan nanti putih telur susah nak ringan)Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.selepas semua sebati masukan tepung dan pukul lagi,lepastu masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja. masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'csampai masak

Nota: semasa mengacau pastikan
1.Kacau perlahan dengan satu arah
2.Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik


Nota Haniss pula:
* Haniss adunkan bahan B terlebih dahulu, kemudian baru pukul adunan A.
* Seeloknya guna 2 biji pisang pun dah ok..tapi Haniss memandai2 tambah lagi.
* Bakar dengan suhu 180 selama 50minit



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net