Want your
own Fotopage?






 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 13-Jul-2008 08:29 Email | Share | Bookmark
Nasi Lemak, Sambal Sotong Kering & Puding Buih....

Nasi Lemak Pandan
Sambal Sotong Kering
Puding Buih
 
Sarapan pagi hari ni dan merangkap makan tengahari sekali......malas nak masak banyak2 kali . Nasi Lemak ni sebenarnya Nasi Lemak Pandan tapi sebab kurang daun pandan kut warna nampak la pucat skit, lain kali kena lebihkan skit baru nampak hijau terang. Semalam pulak langsung dapur tak berasap ...kalut dengan agenda pi beli kain untuk buat baju raya....


Nasi Lemak Pandan...pucat sungguh hijaunya, walhal daun pandan merimbun kat luar tu. Terima kasih bebanyak la untuk Fazarina untuk resipi Nasik Lemak Pandan ni....


Sambal Sotong Kering...makan dengan nasi lemak, ada orang kasi sotong ni 5 ekor dan lama dok tersimpan lam petiais, hari ni baru nak jadikan sambal.....buat macam sambal biasa cuma kena ambik masa skit la untuk part merendam dan merebus sotong ni.
Haniss rendam sotong ni dengan soda bikarbonat selama 1-2 jam, pastu bilas dan toskan sekejap pastu rendam dengan air biasa pula beberapa jam atau semalaman. Selepas tu tos dan rebuskan dalam air mendidih selama 1/2 - 1 jam, tos dan boleh lah dimasak seperti biasa.

Sambal Sotong Kering - bahan agak2 lah yer...

5 ekor sotong kering - direndam dan direbus
cili kisar
6 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
air asam jawa
garam dan gula
bawang besar - potong bulat/nipis

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak, masukkan sotong dan sedikit air, biar ia mereneh seketika.
2. Masukkan bawang besar,air asam jawa, gula dan garam....sesuaikan rasa.
3, Boleh dimakan dengan Nasi Lemak.








Puding Buih
Sumber: Majalah Saji

Bahan Puding

1 bungkus agar2 (dalam 20gm)
6 biji putih telur - haniss guna 5 biji saja
5 cawan air
sedikit pewarna merah - nak buh kaler lain pun boleh

Bahan Kuah

1 tin susu cair
6 biji kuning telur - sama juga 5 biji telur
1/2 cawan gula
sedikit tepung kastad

Cara menyediakan

1. Masak agar2 dengan 5 cawan air. Biarkan ia sejuk seketika tapi jangan biarkan ia keras.
2. Pukul putih telur hingga kembang dan likat. Tuangkan agar2 tadi dan kacau sebati. Masukkan sedikit pewarna merah dan tuangkan dalam acuan. Simpan dalam peti sejuk.
3. Untuk kuahnya, kacau kuning telur dengan susu cair. Tambahkan gula gula dan masak hingga mendidih. Campurkan dengan sedikit tepung kastad supaya pekat sedikit. Makan bersama sama agar2 tadi.

Ni pulak sebagai tambahan - Rasanya tak best pula kalau setakat makan agar2 dengan kuahnya saja, dan disebabkan tiada buah buahan campuran dalam tin kat rumah maka haniss guna buahan segar iaitu pisang dan nenas yang dipotong kecil...memang lain dari yang lain, tapi elok lagi rasanya sebab buahan dalam tin tu kan ada bahan pengawet....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net