Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 16-Jul-2008 14:34 Email | Share | Bookmark
Masakan sempoi hari ini dan juga Award

Singgang dan Sambal belacan
Singgang Daging
Sambal Belacan Nenas
Masakan hari ni cukup simple dan ringkas, Singgang Daging, Ikan goreng dan sambal belacan nenas....berselera la makan dan bertambah nasi jugak..kebiasaan kalau hari biasa/hari bekerja jarang sangat nak masak dan jarang2 nak makan nasi waktu malam (tapi tengahari mesti belasah makan cukup2 ). Gambar malas nak edit la pulak....layannnn




Singgang daging nampak keruh jer kuahnya - kurang kunyit agaknya.



Singgang Daging
Sumber: Kak Liza (Majalah Saji)

Bahan2

500gm daging (hiris nipis)
3 keping asam gelugur
1 sudu makan ketumbar (tumbuk kasar)
1 sudu kecil jintan manis (tumbuk kasar)
sedikit cili api
garam dan air secukupnya

bahan hiris

3 ulas bawang putih
4cm lengkuas
3cm kunyit hidup - ada dlm 1cm jer kunyit hidup, kunyit serbuk pula dah habis goreng ikan

Cara menyediakan:

1. Daging dihiris nipis dan bersihkan. Tuskan airnya
2. Satukan kesemua bahan dan renehkan sehingga daging empuk. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan cili api.


Buat macam sambal belacan biasa cuma tambahkan hirisan nenas.



Award......

Tak sangka dapat Award juga, dihadiahkan oleh Mamasya....Terima Kasih banyak2. Nak kata masakan kita sedap2 sangat tu tak lah juga, takat biasa2 saja kut. Ambik masa sikit nak tayang award ni sbb nak kena gi kedai cari lemari baru yang sesuai, pastu baru boleh tayang hari ni....



Rasanya semua rakan2 lain dah pun terima Award ni jadi haniss tak der lah nak perpanjangkan lagi...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net