Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-Jul-2008 06:45 Email | Share | Bookmark
Parpu Telur & Daging Goreng dgn kacang Panjang

Parpu Telur
 
 
Daging Goreng dengan Kacang Panjang
Menu berbuka puasa semalam.....Parpu Telur dengan Daging Goreng dengan Kacang Panjang. Kacang Dal dah sesiap rebus hari sebelumnya, balik kerja terus boleh buat, dalam kelam kabut tu dan terkejar2 siap lah juga. Berbuka dengan ala kadar dulu sekadar minum air dengan kurma dan buah..dalam pukul 8 malam baru lah menikmati lauk2 masakan ku itu.... (bunyi macam banyak lauk


Daging Goreng dengan kacang panjang

Bahan2

Daging - potong nipis
kunyit serbuk
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 labu bawang besar - potong bulat
Cili merah - potong nipis
1/4 sudu teh lada hitam
sedikit kicap
kacang panjang.

Cara membuatnya

1. Daging basuh bersih, tos dan gaulkan dengan garam kunyit, masak atas api hingga kering air nya atau kalau daging keras skit boleh tambah air sampai empok.(elok guna daging batang pinang)
2. Bila dah kering dalam kuali, masukkan minyak, bawang putih dan halia serta lada hitam.
3. Kacau sikit, biarkan atas api seketika dan masukkan bawang besar dan cili merah tadi dan akhir sekali kicap.
4. Siap untuk dihidangkan.


Resipi dari Cari FnR......haniss copy jer terus kat sini.

Quote:

Parpu Telur

1/4 cawan kacang dhall (rendam 2-3jam)
1/2 s/t halia+bwg merah+bwg putih mesin
3 biji kentang - guna sebiji jer kentang
2 biji telur - haniss buat 4 biji telur
sedikit santan - pakai santan kotak jer
garam
serbuk kunyit

Utk tumis darat:-(Bahan B)
Minyak
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
6 helai daun kari
1-2 tangkai cili kering (potong pendek)
1/4 st biji sawi
1/2 st jintan manis

Method:-
1. Rebus dhall hingga empuk. Add kentang dan rebus hingga kentang empuk.
2. Add halia bawang, serbuk kunyit, garam
3. Masukkan santan...dan pecah telur sebiji-sebiji..jgn kacau sangat. Biar telur masak dulu. Godek2 sikit2 je.Tutup api
4. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis semua bahan B hingga wangi.
5. Curah semua bahan B dlm kuah tadi dan sedia dihidang..


Nota: Ikut petua sorang kawan ni....semasa nak menumis tu tambahkan 1-2 sudu besar minyak sapi bersama2 dengan minyak masak tadi dan dalam bahan kuah tu tambahkan juga sebiji cili hijau.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net