Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Jul-2008 02:35 Email | Share | Bookmark
Projek deco CC, Sup Telur & Daging masak `ber' Kari

 
 
 
 
 
 
 
 
Projek deco cc untuk jamuan kat sekolah anak sabtu lepas.....sebelum jalankan projek deco ni adalah juga dalam 2 minggu tu dok buat kajian.......kajian buttercream dan juga design untuk cc ni, almaklumlah kita ni bukanlah pro macam sifu2 kek yang ada kat sini. Bila dah siap semua tu rasa lebih kurang jer paten semuanya...... . Pernah beberapa kali dah cuba deco cc ni (dlm kuantiti yang sedikit) dan rasanya yang ni la paling semenggah skit.....(perasan sendiri ).

Haniss guna buttercream dari http://elianas.fotopages.com (tokey kek Sg.Dua)..terima kasih banyak2 ya Ana.







Dah habis cerita cc......ni pulak masak2 dihujung minggu, Sup Telur dengan Daging masak Berkari. Sebenarnya Daging masak berkari (kita jer pepandai letak nama) belajar dengan rakan sekerja dan katanya ini adalah masakan ala Jawa ...tetapi biasa la Haniss ekjas skit lagi dengan menambahkan daun kari dan bila dah letak daun kari tu dah jadi mcm masakan mamak la pula . Apa2 pun ianya sedap dimakan dengan nasi atau pun cicah dengan roti.





Sup Telur

Bahan2

4 biji telur
1/2 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/4 sudu teh jintan manis
1" kulit kayu manis
2 biji kentang
1 batang karot
sedikit su'un
daun sup dan bawang goreng
air secukupnya untuk kuah

Cara membuatnya

1. Halia, bawang putih, b. merah, lada hitam dan jintan manis ditumbuk.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga agak kekuninngan, masukkan air biarkan mendidih masukkan kentang, biarkan hingga agak empuk masukkan pula carot dan su'un, biarkan seketika, masukkan garam dan kemudian pecahkan telur sebiji2 kedalam tu dan jangan dikacau
3. Bila dah agak telur dah masak tutup api dan masukkan daun sup.
4. Taburkan dengan bawang goreng semasa menghidang - kita tak letak pun sbb kehabisan bawang goreng.


Terlebih tuang minyak, lainkali kena kurangkan skit tu.
Lebih sedap kalau dicampurkan daging, limpa dan juga hati, tetapi kita buat daging ler semua sebab orang lain kat rumah ni tak makan hati dan limpa semua, konpem kita sorang jer yang makan kalau mender2 tu semua..

Daging masak Kari

Bahan2

500gm daging -
4 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1" halia - tumbuk juga
2 batang serai - ketuk
3 sudu kicap
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil gula merah
garam secukup rasa
minyak masak secukupnya

Bahan tumis
2 kuntum bunga lawang
2" kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Haniss tambahkan setangkai daun kari.

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah kari - tak perlu naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain.
3. Tunggu sehingga daging empuk dan masak, kalau perlu tambahkan air.
4. Masak sehingga kering atau kalau suka agak berkuah sikit pun boleh.
5. Sedia untuk dihidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net