Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Jul-2008 08:13 Email | Share | Bookmark
Masak2 simple....

Kari Sardin
Kek Pisang
Biskut Samperit
 
 
 
Dekat seminggu lebih juga tak update, jadual minggu lepas ni padat sangat nak mencelah update pun tak sempat dan masak pun lebih kurang jer, selebihnya banyak makan kat luar pastu ada pulak saudara mara dok jemput makan malam kat rumah dia orang (errr ada lam 2 kali jer) jadi kurang lah berasap dapur dan selalu pun kurang berasap ni....
Jom la jamu mata dengan kari Sardin malam tadi, makan dengan roti canai cap Kawan.



Kek Pisang dengan Biskut Samperit ni pulak Projek hari minggu lepas, tengok sana sini dok tayang biskut ...tak tahan buat jugak la dan saja menerai Biskut Samperit Norazie ni, tengok feedback ramai yang puashati dan kata sedap. dan memang sedap pun....


Kek pisang ni sempoi saja nak buat.....koleksi dari peti besi yang dah lama terperap dan buat 1/2 adunan je pun.



Kek Pisang

400gm pisang - lecek skit
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
300 gm gula castor - haniss guna 250gm
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh ovalette
500gm tepung gandum - diayak
125ml susu segar
200ml minyak sayuran

Cara membuatnya

1. Pukul pisang lecek, gula, baking powder dan soda bikarbonat sampai sebati.
2. Masukkan emulsifier dan telur. Pukul sampai pekat.
3. Masukkan tepung dan susu berselang seli, kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati.
5. Masukkan kedalam loyang size 10x10 dan bakar selama 45minit dengan suhu 170.

Nota: Untuk 1/2 adunan Haniss gunakan loyang bulat 8" dan tabur sedikit coklat rice kat atas tu.


Biskut Samperit - sedap dimakan masa2 sekarang ni, kalau taim raya langsung tak pandang . dan buat 1/2 adunan juga .



Quote:

Biskut Samperit
Sumber - Norazie

Bahan-bahan
300g butter
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastad - tak der tepung ni, letak tepung jagung juga.
240gm tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat putih dan coklat, celup dengan coklat pun boleh, ceri, celorak celorek dan garisan coklat...
Cara-cara
1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4. Terap atas loyang. Utk hiasan ceri, atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
5. Bakar 150 selama 20 minit.
6. Untuk pancitan coklat/putih, pancitkan setelah biskut masak dan sejuk.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net