Want your
own Fotopage?








 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Aug-2008 05:46 Email | Share | Bookmark
Serawa Durian dan pra Biskut Raya lagi.....

 
Sarang burung
 
Sarang Burung
Chocolate Lanza
Serawa Durian
 


Semalam masakkan Serawa durian, makan pula dengan Pulut Tanak....beli 3 biji Durian tembaga, 2 biji selamat diserawakan...



Eksperimen Biskut pra Hari Raya lagi kali ni buat Biskut Sarang Burung dengan Coklat Lanza, kedua2nya resipi Baya dari ResipiNet, bawak ke opis skit hari ni untuk kawan2 merasa....terus dapat order untuk Hari Raya nanti .....terdaya ka buat nanti, harap2 tu terdayalah ye, sebenarnya takut juga nak terima tempahan ni, takut tak puas hati pembeli, tapi kalau tak cuba mana tahu kan....



Sarang Burung........kalau salut banyak badam lagi sedap. Haniss ubahsuai (bukan ubahsuai camna pun - takat tambah 2 lagi bahan jer kat dalam tu) dengan menambahkan serbuk badam dan Coffee Mate, Tepung pun tambah lagi 1/4 cawan sebab adunan masih lagi lembik dan melekat ditangan.

Quote:

Biskut Sarang Burung
Sumber : Baya

Bahan-bahan
2/3 cawan butter
1/3 cawan gula
2 kuning telor
1 sudu teh esen vanilla.
1/2 sudu teh garam
11/2 cawan tepung serbaguna-haniss tambah lagi 1/4 cwn sbb masih adunan masih melekat ditangan.
2 putih telor, dipukul sedikit.
3/4 cawan badam yg dipotong memanjang.
1/3 cawan strawberry jem.- letak ceri jer
2 sudu besar serbuk badam - tambahan
1 sudu besar coffee Mate - tambahan juga

Cara Membuatnya
1. Panaskan oven 350 degrees F (175 degrees C).
2. Dalam bekas yg besar, Campurkan butter dan gula dan pukul sehingga sebati. Pukul kuning telor, vanilla, dan garam . Kemudian masukkan tepung sedikit -sikit.
3. Bentukkan doh kepada 3/4 inch bola. Dip in kedalam putih telor yg telah dipukul sedikit, kemudian rollkan kedalam badam yg dipotong memanjang. Letakkan diatas dulang pembakar/ jarakkan 1 inci. Tekankan ditengah doh dengan munggunakan jari ( membentuk sedikit lubang)
4. Bakar selama 15 to 17 minutes, sehingga sedikit perang. Sejukkan, sebelum dihidangkan penuhkan tengah biskut dengan strawberry jem.



Chocolate Lanza - seakan2 Irish Cookies tapi yang ni tiada campuran tepung ubi. Hiasan guna badam cincang (itu jer pun yang ada) dan drizzlekan dengan coklat putih sebab itu juga yang ada kat rumah.



Quote:

Chocolate Lanza
Sumber : Baya

Bahan A
125 gm butter
50 gm gula icing
1 butir kuning telur
¼ sdt ovalette
½ sdt coffee emulco
½ sdt esen vanilla

Bahan B
130 gm tepung gandum
60 gm tepung kastad
30 gm gajus kisar
50 gm kacang tumbuk - letak badam kisar
30 gm chocolate rice

Hiasan : Chocolate Rice & Kacang Tumbuk - Haniss guna badam cincang jer untuk hiasan

Cara
1. Sebatikan semua bahan A.
2. Masukkan bahan B dan uli lembut. Terap dan sapukan dengan kuning telur dan letakkan kuaci di tengahnya.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net