Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Aug-2008 07:49 Email | Share | Bookmark
Kelapa World dan mandi2 di Sunway Lagoon

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 





Kelapa pun nak world jugak . Biskut ni rasanya lebih kurang macam Bangkit Kelapa versi moden, dan biskut ni banyak menggunakan tepung ubi dan bila gigit2 tu ada terasa kelapa kering.Dari koleksi resipinet, copy & paste resipi kat sini.

Quote:
Kelapa World
Bahan-bahan
6 oz mentega
5 oz gula halus
1 biji telur
½ cawan tepung gandum
3 cawan tepung ubi kayu
½ camca kecil baking powder
½ camca kecil esen vanila
1 cawan kelapa kering

Cara
1. Pukul mentega & gula hingga sebati
2. Masukkan telur & esen vanila
3. Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan baking powder
4. Masukkan kelapa kering
5. Terap menggunakan acuan bunga
6. Bakar pada suhu 150’C selama lebih kurang 20 minit.



Sabtu lepas Haniss dan family ke Sunway Lagoon dan sehari suntuk berendam air dan main2 kat sana. Walaupun matahari panas terik tapi dah berendam dlm air terasa la juga kesejukannya, cuma part muka tu lah terkena panas matahari lebih skit. , Jom layan gambar2 kat Sunway Lagoon.





Masa baru sampai orang belum ramai lagi, jadi sempat la klik serba sikit....


Sebelum mandi isi perut dulu, Sandwich Tuna - ni sajalah makanan yang sempat di snap.





Dah start mandi2 kat Surf Beach - ala2 pantai tipu gitu...


Kat Water of Africa - psttttt tak leh letak gambar mandi manda kat bahagian sini sebab ibunya pun join berendam...maluuuuuuuuuu




Kat Jambatan Gantung, khabarnya yang terpanjang - 2 anak dara tu gayat, cuma berani posing bila dah sampai kat hujung.


Tengok la tangan Insyirah yang nampak kecut selepas mandi seharian...sebelah tu tangan ibunya (berani enterprem tangan jer )






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net