Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Aug-2008 08:09 Email | Share | Bookmark
Masak2 hujung minggu

 
 
 
 
 
 
 
 
Siap juga akhirnya projek Buat Tart ni, kemain lama tertangguh.....plan asal nak buat Cheese Tart...lagi la terkinja2 nak buat selepas tengok zana dengan kak amal dok tayang cheese Tart depa.....geram jer tengok. Disebabkan lepas bakar kaler casing tart ni dah agak gelap maka plan untuk Cheese Tart bertukar kepada Chocolate Tart sebab kalau letak cheese kena bakar semula, lagi lah gelap dan terlebih garing nanti Tart ku ittew .......(lenkali kena set betul2 timer tu bagi 15 minit jer....derhaka pada resipi set ke 20 minit ). Sebelum masukkan filling coklat Hanis taburkan sedikit badam yang dibakar terlebih dulu......saja nak bagi kreatif skit....
Untuk Casing Tart ni Haniss guna resepi dari fp Zana, dan memang sedap la pastri untuk tart ni, rangup sekali, kalau lenkali buat pun akan guna resipi ni ni juga, memang puas hati Terima kasih Zana sebab berkongsi resipi ni....

Quote:

Marble cheesetart
dough ingredients:
200 gm butter
100 gm icing sugar
30 gm eggs
300 gm flour - guna tpg gandum dan tambah lagi dalam 40-50gm sbb adunan masih melekat ditangan,
a pinch of salt kalau guna unsalted butter

beat butter, salt and sugar until soft - tak perlu lama2..nanti kembang lak. Add in egg and gradually mix in flour. wrap dogh and chill it in refrigerator for 20 minutes or until easy to handle. press dough into the tartlet casing and bake in preheated oven for 15 mins at 170 C.





Lunch dan dinner dihari minggu - Nasi Kacang Dhal makan dengan Gulai daging serta sayur campur.....kalau buat acar nampaknya kita sorang jer kut yang makan, jadi buatkan lah sayur campur (campuran jagung kecil, bunga kobis, karot, kacang peas dan juga suhun). Nasi Kacang Dhal ni macam buat Nasi Minyak biasa tu cuma tambahkan kacang dhal yang direndam terlebih dulu. resipi dari majalah SAJI, tetapi telah pun diolah serba sikit mengikut citarasa tekak kita....

Nasi Kacang Dhal

Bahan2

3 cawan beras Bhasmati - dibasuh dan toskan
1 cawan kacang Dhal - direndam dan direbus hingga empuk
1 cawan susu cair dan air secukupnya
1 biji bawang besar - dipotong nipis
2 ulas bawang putih - potong nipis juga
1/2 " halia - ditumbuk
1" kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
Minyak masak dan 2 sudu minyak sapi
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
2. Masukkan beras, kacau sebentar dan masukkan air, kacang dhal, susu cair dan juga garam. Biarkan hingga masak seperti nasi biasa.



Quote:

yehaaaaaaaaa dapat award lagi...Terima Kasih Mamasya sebab bagi kita Award ni, dan Haniss nak berkongsi Award dengan semua rakan2 di Fp ni.....





Homework yang zira bagi belum siap lag i (ishhhhh kena ambik masa ni).....kalau award tu cepat lah sebab dapat boleh terus gantung....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net