Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Sep-2008 03:01 Email | Share | Bookmark
Berbuka 1 Ramadhan

 
Gulai Daging Salai
Puding Permata
 
Daging Salai
 
Minggu lepas fp meragam, langsung tak leh nak upload gambar.....sekarang ni dah ok boleh lah mengganas skit.....Baru hari ke 2 kita berpuasa di bulan Ramadhan, moga2 ibadat puasa kita ni mendapat keberkatan dariNya.
Memandangkan semalam hari bercuti jadi bolehlah masak serba sikit (tak banyak mana pun), buat karipap untuk berbuka dan lebihkan sikit untuk frozen, nak makan terus goreng jer la..senang skit.

Karipap - untuk berbuka & frozen.


Puding Permata ni sedap dimakan lepas disejukkan......makan pula waktu berbuka, nyaman jer rasa tekak tu. Puding ni kita memula dulu tengok kat rumah Mat Gebu, lepas tu kat rumah Hajar pulak..memula tu nak terai Sago Pearl Puding tapi nak kena masak dan tos pula Sagu tu(angin M ler tu)....fikir2 balik buat yang senang sikit lah dulu, nanti sebelum menjelang raya akan diusahakan juga la buat yang bersagu tu
copy & paste resipi kat sini.....

Quote:
Puding Permata

Bahan A
300 ml air
200 ml susu cair
125 g gula
2 camca besar serbuk koko
1 camca besar serbuk agar2

Bahan B
500 ml air
400 ml susu cair
250 g gula
10 g serbuk agar2
1 1/2 camca besar tepung kastard*
3 camca besar air*(*disatukan)

1. UNTUK AGAR2 COKLAT :- Masak gula dengan susu hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati. Masukkan serbuk agar2, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tapis ke dalam loyang dan biarkan betul2 keras. Kemudian potong kecil2.
2. UNTUK PUDING PERMATA :- Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastard dan serbuk agar2. Masak sambil dikacau hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan potongan agar2 coklat tadi. Biar sejuk baru dipotong




Semasa ke Pasar Tani Ahad lepas beli barang keperluan dapur en. suami ada belikan daging salai.....apa lagi masak gulai daging salai lah semalam untuk lauk berbuka...Hanya campurkan dengan kentang dan kalau ada belimbing buluh atau pun nenas lagi lah sedap rasanya. Resipinya main campak2 jer, asal jadi kuning2 dan berkuah cukup pedasnya, masin nya..kira ok lah tu. Mutu gambar kurang berkualiti, tapi tengok aje lah ya.....

Gulai Daging Salai

Bahan

Daging salai - potong nipis
10 biji cili api - boleh tambah kalau nak pedas yang kaw2 punya
1/2"kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 batang serai - diketuk
1 kepingasam gelugur
1 1/2 cawan santan - ikut kesesuaian masing2,
garam secukup rasa
kentang/nenas/belimbing buluh

Caranya:

1. Tumbuk cili api, kunyit dan bawang merah, masukkan dalam periuk bersama daging dan juga sedikit air, renehkan agak2 dlm 1/2 jam untuk melembut daging juga nak bagi mesra dengan bahan2 tumbuk tadi.
2. Masukkan kentang, lepas tu bila agak2 nak empuk sikit masukkan santan dan masukkan garam, sesuaikan rasa.


Ni bukan kek untuk berbuka ya......buat ni minggu lepas lagi tapi dek kerana fp yang meragam tu peraplah dulu......alang2 dah buka entry baru hari ni kita masukkan jer lah. Buat kek ni untuk jamuan menyambut puasa diSekolah anak, isi dalamnya Japanese Cheesecake kat luar tu pula selimutkan dengan fresh cream, pancitkan pula kat tepi2 tu nak cover sapuan yang tak rata, atas tu pula curahkan bluberi...siappppp terus masuk kotak.....
Agak2 lulus tak tahap2 macam ni?......



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net