Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Sep-2008 05:37 Email | Share | Bookmark
Berbuka 3 Ramadhan, muffin, Tag Ramadhan & homework dari Zira...

 
 
saiz mini

Berbuka semalam cuma masak nasi dengan sambal tumis ikan bilis petai, ,manakala lemak kuning ikan nyoq2 dengan udang goreng butter tu main tunjuk2 sambil bayar duit kat tokey kedai(beli ler tuhhh)......kuih pula beli serba sikit, tu pun tak habis.


Muffin ni buat minggu lepas lagi.....disebab kan fp yang tengah pening2 lalat maka peram dulu lah gambar, sekarang dah ok boleh la taruk kat sini. Memang terasa kecoklatannya muffin ni tapi kat rupa paras tu la yang kurang menawan skit ...sebab menggerutu kat atas dia skit tu.....walaupun rupa paras kureng tapi tetap licin gak... . dicopy dan paste dari Myresipi.....

Quote:

Muffin Coklat
oleh: yani@myresipi.com

Resepi yg simple. tak payah pukul sehingga kembang. Cuma gaul sehingga sebati
Bahan-bahan ( 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara:
1.Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3.Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4.Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5.Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6.Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
7.Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


Tag Ramadhan lagi.......

Dari Meen yang selalu buat kapkek


Dari kak amal yang berada diutara.....


Dari kak Jie yang menetap di Melaka..


Akhirnya siap juga homework dari zira...kemain susah lagi nak karang, pastu nak menyusun ayat (paling lemah bab2 ni lah).....kalau dapat award tu boleh terus gantung jer kan.
Quote:

RULES
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.

So now, on to the questions.

1) What were you doing 5 years ago?
Tahun 2003, masa ni baru dapat kunci rumah yang diduduki sekarang ni, dan memang agak sibuk jugak la waktu tu.....nak pasang grill, lampu, cat semula dalaman rumah dengan warna yang kita suka, ubah suai sikit dapor supaya nanti2 kita akan rajin kedapur untuk memasak....ngeh3x, dan tak lama lepas pindah kita pun preknen anak ketiga....

2) What are 5 things on your to-do list today?
~ 4.30 am bangun n panaskan makanan untuk sahur, kejut en.suami dan juga anak2
~ Kemas dapur serba sikit lepas makan
~ Kemas skit kain2 baju yang dah berlipat
~ Hantar anak kesekolah dan juga taska
~ Sampai kat opis terus on PC........baca email atau apa yang patut, waktu lunch baru nak karang ayat siapkan homework ni....
3) What are 5 Snacks you enjoy?
~ Kacang tumbuk
~ Rempeyek
~ Coklat
~ Pop Corn
~ keropok goreng

4) What are 5 things you would do if you were a billionaire? (best nya berangan tapi x mungkin tercapai )
~ Nak selesaikan semua hutang2 yg ada....segala loan yang ada, dan nak buat banglo...
~ Nak beli tanah kebun, rumah untuk sewa sebagai aset masa depan.
~ Tolong saudara mara yang perlukan bantuan kewangan dan bagi sedekah pada rumah2 anak yatim, dan juga dana untuk menampung pembiayaan masjid.
~ Nak bawa seisi keluarga termasuk mak ayah gi Mekah...lepas tu melancung kenegeri2 di Timur tengah sambil jalan2 dan cari makan disana.
~ Nak melancung serata dunia tiap2 tahun shopping puas2.

5) What are 5 jobs you've had? ada setakat 3 jenis kerja ni sehingga kini...boleh jer lah yer...
~ Praktikal kat Telekom Malaysia (kira kerja lah juga kan) Butterworth beberapa bulan , best sebab boleh buat panggilan kemana2 saja, merata call member masa tu (tenet belum wujud lagi masa tu.....jadi takat phone jer lahh)
~ Lepas tamat belajar terus dapat kerja kat sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Perai jawatan lebih kurang mcm TA (Technical Asst), glamer gak uniform pada masa tu.
~ Berenti dekat situ sebab dapat kerja tetap di salah satu perbadanan syarikat yg ada nama lah juga kat Kelompo ni, kena berhijrah la pulak demi untuk kebaikan masa depan ...dan itu lah kerja kita sampai tika dan saat itu......lama juga about 10 + dah pun.
~ Tambahan kerja yang sentiasa ada - untuk jawatan dirumah pula: tukang masak, tukang kemas rumah, drebar anak2 kesekolah dan mcm2 lagi lahhhh.


kita tak nak tag kan sesiapa homework ni sebab rasanya semua orang dah pun kena dan satu lagi tau betapa payahnya nak siapkan ni....dekat 2 minggu juga terbengkalai.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net