Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 7-Sep-2008 04:48 Email | Share | Bookmark
6 Ramadhan

 
 
Ringkas saja berbuka semalam,...goreng karipap frozen, Puding Sagu, goreng sotong kunyit dengan buncis makan dengan kari ikan lebihan hari sebelumnya. Jiran sebelah menyebelah pula hantar mee goreng dengan Bubur Lambuk, kita pun balas balik la dengan Puding Sagu tu. . Itu pun dah cukup tu makan seisi keluarga...tak elok membazir kan.... .


Sotong Goreng Kunyit dengan buncis.


Sago Pearl Puding - cilok dari Blog Mat Gebu. Dah lama teringin nak buat dan lagi melonjak2 lepas Hajar menayangkan edisi Puding dan secara kebetulan bhn pun ada. Buat 4 lapisan jer dan buat pula warna hijau kuning.....

Quote:

Sago Pearl Pudding

20 g serbuk agar-agar
1 liter air
300 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpul
100 g biji sagu rumbia
250 ml santan
Pewarna merah, hijau dan kuning atau ikut warna kesukaan masing2

1. Rendam biji sagu rumbia selama 2 jam, kemudian rebus dalam air mendidih hingga biji sagu jernih. Tuang dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanji dan mengelakkan biji sagu melekat antara satu sama lain.
2. Bagi2kan biji sagu tadi kepada 6 bahagian yang sama banyak. Tiga bahagian dibiar pada warna asal, dan 3 bahagian lagi diberi warna hijau, merah dan kuning. Ketepikan.
3. Tuang air dalam periuk, masukkan gula, serbuk agar2 dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau hingga rata. Kecilkan api.
4. Ceduk 200ml agar2 tadi, masukkan satu bahagian sagu tanpa warna, kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah dibasahkan dengan sedikit air. Biar keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.
5. Cedok 200ml agar2 lagi dan gaulkan bersama sagu bewarna hijau, kacau dengan garfu hingga rasa dan tuang perlahan atas lapisan pertama yang hampir mengeras tadi. Biar keras sedikit sebelum proses seterusnya.
6. Tuang secara berselang seli sehingga menjadi lapisan no.1 = putih, no.2 = hijau, no.3 = putih, no.4 =kuning, no.5 = putih dan no.6 = merah.
7. Sejukkan dlm fridge sebelum dihidang



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net