Want your
own Fotopage?






 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Oct-2008 05:10 Email | Share | Bookmark
Bulan Raya....

 
Biskut Denmark
Biskut Buah Pinggang
 
 
Masuk hari ke 8 dah kita menyambut Syawal....mood raya masih terasa lagi ni....
Rasanya semua dah kembali dari kampung halaman dah kut......untuk mereka yang balik kampung la.
Gambar raya......ada lah juga sesikit...kalau madiha dengan dengan cerita kamera masuk dalam akurium......kita pun ada gak cerita pasal kamera ni....tapi tak der lah terajis sangat..
Alkisahnya...charger tertinggal..terlupa bawak balik (kamera nya bawak)
sidia mengharap kita ...
kita pulak mengharap sidia.....
sudahnya tertinggal...kes cuai jugak la ni..
Nasib baik la ada hp yang tak berapa canggih ni......
boleh la klik serba sikit....mood pun jadi kurang la untuk bergambar.....


Biskut Denmark & Biskut Buah Pinggang

Quote:


BISKUT DENMARK
Sumber: Cari FnR
A
5 auns margerin
1/2 tin tepung jagung (tin yg oren brand B&P)
8 camca besar tepung gandum
2 biji telur
4 camca besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanila

B
6 camca besar gula aising
2 camca besar serbuk koko
3/4 kati kacang tanah ( digoreng dan di tumbuk..jgn halus sgt)

Cara
Pukul marjerin dan gula, masukkan telur dan esen vanila kemudia masuk tepung. Adun sebati. Bulatkan dan dibakar.
Sejukkan.

utk bahan celupan(BAHAN B)
gula aising dan serbuk koko kacau hingga sebati. kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit. kacau jgn cair. (sukatan air tak berapa pasti..tapi agak agak le kepekatan nak mencelup biskut tu)
Dah siap koko tu...celup biskut dan kemudian golekkan dengan kacang tanah . biar koko sejuk .SIAP...

CUBA LAA
Biskut ni memamg fames dulu...tapi lately ni ada gak nmpk org jual kat pasar ramadhan ...


Nota:
Untuk Biskut Denmark ni, sikit saja hanis celupkan kedalam bancuhan koko dengan gula icing, sebahagian lagi pula celupkan kedalam coklat masakan ....ala2 ferrero rocher gitu, nak lagi happening kat dalam tu letak pulak hazelnut.........letak pula dalam papercups........

Quote:


Biskut Buah Pinggang
Sumber: FnR - [sue]

2 cawan butter / mentega
2 cawan tepung kek
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung biskut merry dikisar halus menjadi tepung
2 cawan cornflake dikisar untuk ditabur diatas biskut
2 cawan tepung jagung
2 biji kuning telur
2 cawan gula halus
2 biji putih telur disapu diatas biskut kemudian ditabur dengan
cornflake
sedikit esen vanila

Cara-caranya.
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Setelah kembang, masuk kan telur merah dan kacau bagi rata.Setelah itu masukkan esen vanila kemudian kesemuatepung. Uli adunan tersebut sehingga lembut elok.
3. Kemudian ambil adunan tersebut untuk dicanai dan di tekan dengan acuan.
4. Kemudian sapukan putih telur diatas adunan tersebut dan taburkan dengan cornflake yang di kisar halus.


Sambil2 tengok gambar biskut yang agak blur tu meh layan pulak gambar2 ni.....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net