Want your
own Fotopage?








 
Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 14-Oct-2008 00:20 Email | Share | Bookmark
Agar agar Kering dan makan2 dibulan Syawal

Agar2 Kering
Zoom skit
 
Kuah Lodeh, mihun goreng & keropok lekor
Mee Hailam dengan kuah kicap.
Agar2 kering - salah satu juadah kuih muih raya yang mak mesti buatkan setiap tahun ......agar2 yang dimasak dengan kuantiti gula yang banyak, dipotong dan jemur kat panas matahari hingga kering...tapi awas!!!!! gula banyak banyak ni, kalau ada kencing manis tu hati2 errrrr , setakat sepotong dua tu ok lah kut makan yer.....tapi kita memang suka agar2 kering ni, setahun sekali makan tak per lah kut no....... . Resipi turun temurun dari keluarga Haniss....kalau ikut sukatan asal tu dalam `tahil' dan `kati' tapi tak per kita dah ekjaskan ikut sukatan metrik yang terkini...


Agar2 kering - macam2 warna ada.

zoom skit....

Agar2 Kering
Sumber: Bonda ku

35gm agar2 strip
1.2kg gula
200gm gula batu - nak bagi agar2 tu berkilat
1 helai daun pandan
air satu jug*

Cara membuatnya:

1. Masak air dan agar2 beserta daun pandan sehingga mendidih.
2. Bila agar2 dah larut masukkan gula pasir dan gula batu.
3. Warnakan dengan warna yang disukai dan biarkan ianya keras.
4. Potong dalam ukuran 2" x 1" atau pun ikut jer lah kesukaan masing2 nak potong camna, lebih elok kalau gunakan pisau agar2 yang bergerigi tu.
5. Jemur dipanas matahari, kalau betul2 panas terik dan tak hujan tu 3-4 hari dah ok dah.

* Guna ukuran jug kaca yang selalu dok hidang air tu.


Ni pulak gambar makan2 dirumah mak ngah sempena dia merayakan puasa 6......adalah dalam 4 buah keluarga, takat makan kecil2an jer ni.


Sarapan dirumah sendiri ...sarapan jer rajin skit nak memasak , makan thari dan malam serbu open haus...
Sabtu - Nasi impit, Kuah Lodeh dan kuah kacang segera ....teringin nak makan lodeh, sbb kat kampung hari tu dok balun ketupat dengan serunding jer.
Ahad - Bihun goreng dengan keropok lekor.


Semalam puasa hari ke 4...berbuka dengan keropok lekor dulu kat rumah.....lepas isya baru keluar cari makanan yang berat skit. Makan Mee Hailam kat Chelos Cafe.....kenyangngggggg.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net