Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 9-Nov-2008 10:15 Email | Share | Bookmark
Menu hari minggu...

 
 
 
 
 
 
Nampaknya saya agak te`rajin' .....Menu hari minggu dimulakan dengan sarapan pagi.


Mee Goreng Basah...


Selepas tu disusuli dengan makan tengahari pula, kalau hari sebelumnya dengan keras rebus serai, harini pun masi lagi dengan kerang...selepas ni kena berpantang la sekejap dengan kerang...2 hari berturut2 dah dengan menu kerang. Beli dengan kuantiti yang agak banyak semalam, rebus semua dan sebahagian isi tu cadangnya nak masak rendang kerang hari ni...alih2 sebab tak cukup bahan dan malas nak ke kedai...tukar jer lah ke Kari Kerang, campur dengan kentang....


Teruja dengan Tempoyak Ikan Bilis maklang dengan rozamy...dengan daun limau purut sekali Haniss campak ke dalam tu, campur cili merah dengan cili api.




Quote:

Tempoyak Masak
Sumber : myresepi

Bhn
15 sudu besar tempoyak
4 biji cili besar
4 biji cili api
sehelai daun kunyit - x de so letak daun limau purut
sebatang serai
sedikit garam
segengam ikan bilis yang dah siap siang

Cara-cara
tumbuk cili besar dan cili api.tak payah lumat sangat pun takpe
daun kunyit dihiris halus-halus
serai dititik
campurkan tempoyak,cili besar dan cili api,serai,daun kunyit dan ikan bilis.kacau rata-rata...tambah air skit jika kering sangat...
masak atas api kecil selama 1 ke 2 minit je.dah siap!..sedap dimakan dengan ikan goreng atau ayam goreng atau ulam.



Menu tambahan - Ikan selar goreng, bendi yang hampir kecut goreng berkicap.
Lepas selongkar peti sejuk tadi baru terperasan bendi ni, rasanya beli 2 minggu lepas kut...


Pinggan dan piring `lama' yang `baru' dapat - Salah satu hobi jugak ni, kumpul pinggan2 lama..tapi koleksi yang Haniss ada ni tak lah sebanyak mana pun.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net