Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Nov-2008 13:20 Email | Share | Bookmark
Udang wangi ......harum semerbak

 
 
 
 
 
Baru rasa terluang skit nak update, minggu ni agak kalut sikit almaklumlah minggu terakhir persekolahan (anak yang bersekolah , mak tumpang kalut ), minggu ni la juga ada penyampaian hadiah pelajar dan dalam minggu ni lah juga mencari bunga pahar untuk majlis khatam Al-Quran anak disekolah, tapi takat beli jer la bunga pahar tu.......letak jeli dalam tu barang 2 ketul, kira ok lah tu........Ok tinggal kan dulu cerita sekolah tu sebab hari ni dah mula cuti...jom tengok acara masak memasak untuk hari ni pulak.


Mihun goreng - untuk sarapan pagi


Udang Wangi, Sup sayur sawi dengan bebola ikan & telur dadar.


Udang Wangi....memang suka dengan rasa masakan ni, ada campuran udang kering, daun kari dan juga minyak bijan, bolehlah jadikan salah satu menu nanti untuk tetamu makan thari.
Saya buat Udang Wangi ni supaya agak berkuah sikit.....tak rugi mencubanya, memang sedap.

Resipi di `copy' terus dari Fp Kak RinnChan

Quote:

UDANG WANGI
Sumber : Buku Masakan Tradisi Halimah Shuib

Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai DAUN KARI...
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidang.


Alang2 dah bercerita pasal Khatam Al-Quran tu, kita letak lah sekali gambarnya kat sini, *`segan' juga nak letak sebenarnya gambar2 ni, tapi untuk kenangan dihari muka nanti kita letak jugak sikit....




Dengan kawan2, berbaju, bertudung putih serta berkain songket (gambar separuh x nampak pula songketnya)

Quote:
*Perkataan `segan' kalau diutara lebih kepada makna pemalu/malu ....tapi kalau ditambah imbuhan `pe' depannya menjadi `penyegan' akan jadi Malas pulak maksudnya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net