Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Nov-2008 01:14 Email | Share | Bookmark
Macam macam........

 
 
Dapat email ni & sekadar nak berkongsi dengan rakan2 semua....

Quote:

Sunnah Rasulallah s.a.w. tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz 'assalamualaikum' dan menjawab salam dari para sahabat
dgn salam yg penuh 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'
Beri salam - assalamualaikum'
Jawab salam - 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'
Apabila kita berkirim salam pada org lain,hendaklah kita kata 'Kirim salam assalamualaikum
pada Anis ye' contoh lerr..
Bukannya : 'Kirim salam kat Anis ye' Dan bukannya ' Kirim salam maut' statement ini adalah berdosa,
walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
Subject: 'Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot'
Maksud singkatan ' A'kum'
Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan 'A'kum' dalam sms atau apa
sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan 'Salam'
iaitu sama makna dengan Assalamualaikum..
Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk
orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA
BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform 'A'kum', kita ingatkan dia guna 'Salam' kerana salam
ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

`SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.
kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni
..



Masakan beberapa hari lepas.......Ketam goreng cili api dan sayur air bayam + udang





Ketam Goreng Cili.

Bahan

3 ekor ketam saiz sederhana dipotong 2 - gaul garam kunyit dan goreng, ketepikan
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
10 biji cili api - diketuk/belah 2
2 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar - potong
Tomato dan daun sup/bawang
garam secukup rasa.

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak lebihan goreng ketam tadi dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan pula cili api, bawang besar dan sos tiram, kalau perlu tambah air sikit dan juga garam.
3. Masukkan ketam dan kacau sebentar, semasa menghidang taburkan daun sup/bawang serta tomato.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dah habis bab makan........dapat award pula, dengan perasaan kembang kempis hidung dan dgn tak
malunya terus ambik balik gantung kat rumah..... Terima kasih shima...
`Ada syarat pulak Award ni'



Award ni ada syarat... syarat2 nye :

Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing
Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
Bagi award nih kat 7 orang bertuah
Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu.....
emmm nasib baik senang je syarat nie ha... so sebab dah syarat kan, dipanjangkan award nie pd:

Anim (Penyulawa) - http://penyulawa.fotopages.com/
Ana - http://elianas.fotopages.com/
Kak Zai (dapurimpian) - http://dapurimpian.fotopages.com/
Madiha - http://mamawandiha.fotopages.com/
Mamasya - http://mamasya.fotopages.com/
Mariam - http://mariamsayutiy.fotopages.com/[/u]
Zana (jiran sebelah seksyen ) - http://zanaz70.fotopages.com/


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net