Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Dec-2008 01:57 Email | Share | Bookmark
Roti Kerca, Cheese Tart & tag yang terperam

 
 
 
 
 
 
Sarapan pagi dihari cuti...buat Roti kerca selepas tengok kak amal dan Kak zai menghidangkan minggu lepas, guna resipi dari Majalah RASA lebih kurang sama juga cam resepi yang kak amal & kak zai buatkan tu juga, bezanya kuahnya bersantan...yang lain2 tu sama aja. Kalau dalam majalah SAJI tu resipi dari Syed Sobrie dan Azie manakala yang ni pulak dari sanak saudara dia jugalah (tak silap anak menakan Syed Sobrie juga Syarifah Nor Azean ni).ishh melalut pasal artis pulakkkk .


Roti kerca dengan kuahnya - sebenarnya kuah ni agak kaler kemerah merahan tapi ntah camna lam gambar nampak cam pucat pulak.



Roti Kerca
Sumber: Resipi keluarga Syarifah Nor Azean - RASA Julai 2006

Bahan Roti

1/2 kilo tepung gandum
3 biji telur
sedikit garam
air secukupnya
sedikit marjerin

Cara membuatnya:

1. Campurkan bancuhan tepung dengan air, telur dan garam, kisar hingga sebati.
2. Sapukan sedikit marjerin dalam kuali leper dan isikan adunan tadi.
3. Lenggangkan isi adunan dan biar berbentuk seperti lempeng.
4. Setelah masak, angkat dan gulungkan.
5. Gunting dulu sebelum dihidangkan bersama kuah.

Bahan kuah

250gm daging cincang
250ml santan
75gm serbuk rempah daging
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah keluarga
4cm halia
4 ulang bawang putih
10 ulas bawang merah
200gm tomato puri
garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:

1. Tumbuk lumat bawang dan halia.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga harum.
3. Masukkan serbuk kari yang dibancuh sedikit air dan santan bersama, kacau hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan daging, tomato puri, garam dan gula secukup rasa.*
5. Biarkan hingga masak

Quote:
* Haniss ubah suai sikit.
Lepas tumis rempah, hanis masukkan daging terlebih dahulu sehingga agak2 empuk kemudian baru disusuli dengan santan dan garam.





Dari majalah RASA Jun 2006 - Resipi turun temurun dari keluarga Syarifah Nor Azean atau pun lebih popular dengan panggilan Scha.......


Cheese tart - dengan filling bluberi, buat dan habis dalam hari yang sama dan seperti biasa kalau ada cheese memang laju jer.....

============================================================================

Tag workstation dari Kak Zai yang diperam berminggu2....


Rasanya tak payah la perpanjangkan lagi kepada sesiapa...lagi pun dah lama sangat terperam.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net