Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Dec-2008 05:41 Email | Share | Bookmark
Donut Cakcibur & pinggan lama Mak Pah.

 
 
 
 
 
Donut Cakcibur
Semasa meninjau2 rumah mamafami hari tu ternampak donut dan rasa teringin sangat2 nak cuba sebab tengok kelainan skit donut ni, ada campuran kentang dan gunakan minyak masak. Seperti biasa lah tak ikut betul2 pun resipi ...kira ada derhaka lah skit ni, sebab susu pekat tu kita telah gantikan dengan susu tepung....tetap tak lari kan, masih lagi susu . Anak2 suka donut ni dan ibunya lagilah teramat suka....
Terima kasih pada tuan punya resipi Cak dan juga mamafami, kita terus paste jer resepi kat sini ya....





Quote:

DONUT CAKCIBUR

Bahan-bahan :

1 biji kentang saiz sederhana
5 g yis kering
1/3 cawan minyak masak - guna minyak jagung
1/3 cawan air suam
1/4 tin susu pekat - guna 3 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
500g tepung gandum

Kaedah penyediaan :

1. Rebus kentang dan kemudian kisarkan dengan 1 cawan air suam.
2. Satukan yis, gula, air suam, minyak masak, susu, garam dan kentang kisar.
3. Masukkan sedikit tepung dan kacau dengan hujung jari.
4. Masukkan baki tepung, sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut. (Nota : Lebih lembut doh, lebih lembut donatnya)
5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Susun di dalam dulang dan biarkan naik dua kali saiz asal.
6. Panaskan minyak. Buatkan lubang di tengah bebola tadi dan goreng hingga kuning keemasan.
7. Salut dengan gula kastor dan sedia dihidangkan.

============================================================================
Pinggan lama lagi, tapi kali ni bukan koleksi sendiri...orang punya. Ketika berkunjung ke rumah mak saudara hasben baru2 ni sempatlah klik gambar beberapa koleksi pinggan lama yang ada dalam almari dia, ambik gambar ni pun cam malu2 kucing taim tuan rumah kedapor buat air......cepat2 keluarkan kamera dan ini lah sebahagian yang dapat diambil gambar. Semasa nak balik tu baru cakap kita dah ambik gambar2 pinggan dalam almari, sebenarnya tuan rumah tak kisah pun tetamu jer yang macam malu2......meh ler tengok.....







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net