Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 31-Dec-2008 05:35 Email | Share | Bookmark
Balik Utara lagi....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Cuti krismas bebaru ni balik keutara lagi, macam2 agenda selama beberapa hari tu (sehingga ke Awal Muharam)....p ke majlis kenduri pun masuk dalam agenda juga la, kira mengeratkan Silatulrahim disamping dapat mengisi perut . Masa kat sana ingat tu nak la bergather2 dengan Kak amal, mana tau kot2 dapat merasa Choc Banana dia yang tengah hangat dipasaran tu, tapi tak der rezeki juga, tunggu lain kali lah......asyik kesana kemari tapi sempat lagi pulak tu pi berkelah kat Air Terjun Titi Hayun, Yan Kedah......adik2 la pakat ajak pi sana.....lagi pun dah lama tak p mandi2 air terjun ni. Kaum2 ibu tak turun mandi pun, yang mandi anak2 dengan remaja saja......takut sejuk weiiiiii......

Memula jom layan gambar2 bendang kat belakang rumah mak dulu, sambil2 teman anak2 memancing ikan di sungai dan menikmati angin sepoi2 bahasa,dapat la 2 ekor ikan puyu .







Pokok padi yang tengah menghijau




Hari seterusnya pula pergi berkelah ke Air Terjun Titi Hayun...kat daerah Yan.....plan asal nak pergi 2 kereta tapi last2 tu jadi 4 kereta akhirnya, makanan pula tak banyak mana sebab ingat 2 kereta jer tapi alhamdulillah cukup juga untuk semua yang pergi tu.

diambil dari laman Web Majlis Daerah Yan http://www.mdy.gov.my/titihayun.htm
Quote:

Rekreasi Titi Hayun

Letaknya 3 km dari pekan Yan atau 40 km dari Alor Star. Sebuah kawasan perkelahan mendapat nama sempena sebatang titi gantung di kawasan ini. Ketinggiannya : 200 – 300 meter a.p.l.

Dibangunkan kompleks kawasan rehat yang lengkap berkonsepkan ‘Tropika” yang berteraskan pelancongan “Ecotourism”. Disediakan kemudahan 10 unit Chalet, 2 unit Asrama, Dewan Makan dan Bilik Kuliah.

Disini mempunyai sungai dan denai hutan untuk mendaki ke Air Terjun Puteri Mandi sejauh 1 kilometer dan mendaki tangga konkrit (Tangga Kenari 1000 Tahun ) ke Puncak Gunung Jerai. Pendakian mengambil masa dalam tempoh 3 hingga 4 jam sejauh 5 kilometer.

Hutan lipur mempunyai pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah yang boleh ditemu di kompatmen 20, Hutan Simpan Gunung Jerai.

Meranti melantai, meranti langgong dan meranti tembaga merupakan tumbuhan utama.




gambar makanan dilupa jangan


Sekitar kat Air Terjun Titi Hayun - sengaja cari port yang kurang skit air, kaedahnya senang nak kawal budak2 mandi nanti




============================================================================

Dalam perjalanan balik dari Yan singgah sebentar kat Kuala Sala sebab nampak ada orang jual ikan yang baru naik dari laut kat tepi jalan tu, lantas terus plan dengan ahli2 rombongan lain untuk buat BBQ pada malamnya, semua yang lain setuju jer, yer la bab makan memanglah setuju...terus beli serba sikit (banyak juga sebenarnya) kembong, cencaru, kerapu, udang dan juga sotong...balik rumah gotong royong buat sorang sikit kejap jer dah pun siap (siang, basuh, perap apa2 yang patut). Kul 9 lebih baru lah bermula acara bakar membakar tu..... paling tak tahan kembung yang dijual tu sekilo RM 4 jer (kembung yang jenis kecik tu, alkisahnya kalau diutara dipanggil ikan temenung )




Selit sikit resipi untuk perap ayam dan ikan.........sekadar guna bahan2 yang ada dirumah mak waktu tu...

Bahan perap - yang teramat lah ringkasnya & tiada sukatan metrik, anggar jer lah ya.

2 labu bawang besar - kisar
5 batang serai - kisar
1 1/2 inci halia - kisar
lengkuas - agak la, jangan banyak sangat - kisar juga
5 biji buah keras - kisar
cili blender - ikut pedas
gula, air asam jawa dan garam

Campurkan semua bahan diatas dan perap kan dengan ayam dan ikan.
Untuk ayam selepas perap, kita orang masak kejap atas api untuk keringkan airnya, nak mempercepatkan proses membakar nanti dan juga untuk `mesra' kan bahan perap tadi. Untuk ikan terus bakar jer......dan sambil bakar tu renjis la dengan bahan perapan tadi.

Sos pencicah

20 biji cili api
2 ulas bawang putih
belacan & gula

Tumbuk semua bahan2 ni gaulkan dengan kicap (anggaran dalam 1 cawan) dan perahkan jus limau nipis, boleh tambahkan tomato dan bawang yang dipotong jika suka....sedia untuk didcah dengan ayam, ikan sotong dan udang bakar tadi.

Sebenarnya ada lagi gambar2 aktiviti semasa disana...insyaallah kalau rajin nanti akan dimuatkan dalam siri yang akan datang


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net