Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-May-2009 04:18 Email | Share | Bookmark
Aroma Ikan Bakar + Percutian `budget'.....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Percutian `Budget'........hehehheh cuti pun budget juga...ya la dalam krisis ekonomi yang melanda ni kena lah juga belajar ber bajet. Sebenarnya cuti pun singkat, masa 1st may bebaru ni kami meronda2 sambil jalan2 menambah berat badan, hala tuju kali ni ke Sg. Semilang, Kapar (kat Jeram)...tak jauh mana pun dengan rumah & jarak perjalanan adalah dalam 1 jam lelebih skit dari B.Baru Bangi. Agenda utama sebenarnya nak merasa keenakan ikan Bakar Jeram + bermalam sekali kat sana.....kalau dah kekenyangan en. suami pun malas nak drive balik walhal tak ler jauh mana pun (Awal2 lagi dah booking kat Pantai Indah Seaview, Kapar) nak detail lagi boleh rujuk kat kat laman web resort ni http://seaviewresort.com.my/.

Lepas solat jumaat + lunch baru gerak kesana, petang tu sempat lah meronda kat sekitar Pantai Remis & Pantai Jeram sambil survey tempat untuk nak makan malam nanti. Kat Pantai Jeram ada 2 Restoran Bakar yang popular... Medan Ikan Bakar Jeram & Aroma Ikan Bakar.. kami pilih untuk makan kat Aroma.....
Malas dah nak taip panjang2...layan gambar terus jer lah...


Dari balkoni tingkat satu Pantai Indah Seaview, laut tak nampak dilindung pokok2.








Pantai Remis - takat nak ambik angin, main layang2 ka main pasir kira orait lagi....nak mandi tak ler kut, airnya berselut dan keroh.




Ni masa air tengah pasang......

Makan2 pula


Aroma Ikan Bakar
Lokasi: Jalan Pantai Jeram, Kapar.


Aroma Ikan Bakar ni betul2 tepi laut, sambil makan sambil ditiup angin pantai. Sayangnya pakai kamera dapor , tak lah nampak deruan ombak...


hidangan pun dah sampai...sila makan. ketam dengan sotong tu dah tinggal separuh pun baru la kita sebok2 nak ambik gambar.


diikuti dengan jenahak bakar pula ...rasanya ada sekor lagi ikan yang tak sempat posing ....dah kena terkam awal2.


Nasi lemak ..sarapan pagi keesokan harinya, tak cukup sebungkus makan . Beli di sekitar Sg. Semilang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net