Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-May-2009 05:38 Email | Share | Bookmark
Masakan hujung minggu

 
 
 
 
 
 
 
Hujung minggu yang agak rajin.........ehheehe dikira rajin ka takat masak 2-3 jenis camni, kira oraitlah kut no tahap kerajinan camni (puji diri sendiri ni ) Disamping menggodek tepung untuk Roti Benggali (BM yang godek sebenarnya sehingga masak) buat juga Slice Cheesecake sebab teruja tengok ramai dah yang menerai kek ni.......Semua di `copy' dari Myresipi dan terimakasih la pada tuan punya resipi, memang tak rugi mencuba....


Taraaaaaaaaaa.....




Lepas potong 2 keping posing skit.....


dah habis potong n susun.....makan dengan sup cendawan, gambar dengan sup lupa laks nak ambil....


Ada baki lepas makan dengan sup cendawan, sapu butter dan tabur gula...bakar lam 10 minit jadi lah versi macam ni pula, makan tengah2 suam tu sedapppp....dengan bunyi kruk krak roti tersebut.....

Quote:
oleh:
Roti Benggali
sumber :sofinar@myresipi.com

Bahan A
350g tepung roti
1 sudu besar shortening
secubit garam

Bahan B
120 - 160 ml air suam
1 sudu makan yis serbuk
2 sudu makan gula castor

Cara-cara Bahan
B digaul bersama
Semua Bahan A digaul sebentar
Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.


Nota: Shortening tu haniss cairkan dulu, kemudian barulah dimasukkan dalam BM......untuk langkah seterusnya...

Habis dah bab roti..........Slice Cheesecake pula ambil giliran..




Slice Cheesecake.....dari Myresipi, pun sedap gak ...cara buat dan bahan2 lebih kurang macam Japanese Soufle cheesecake, cuma Slice Cheesecake ni menggunakan butter.....

Quote:

Slice Cheesecake
Sumber: onigiri@myresipi

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

4-5 keping slice cheese - guna 5 keping
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin - guna butter
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara
1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar - tak potong pun terus masuk sekeping2
2.Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
3.Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
4.Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
5. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
7.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya




selit sikit lauk pauk semalam........tersangatlah ringkasnya. Masak lemak kepala ikan jenahak (beli 2 minggu lepas, semalam baru ada can nak masak), ikan goreng cicah kicap dengan cili api.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net