Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Jun-2009 08:06 Email | Share | Bookmark
Passembor Kodiang & lauk ikan keli

 
 
 
 
Passembor...lama dah teringin nak makan, lepas `google' terjumpa lah resipi ni kat rumah lama Hajar (hmmmm dah sampai M`sia kut Hajar sekarang ni, boleh la menikmati passembor asli kodiang sebab jika tak silap Hajar ni menetap kat utara ). Tak pakai gula merah, jadi kuranglah skit kehitaman kuah ni....kalau ada cendol lagi lah best pekena dengan passembor ni kan..... .


Para AJK Pasembor Kodiang.


Dah siap hidang

Quote:

Pasembor Kodiang
Sumber : Noreen

Bahan2 sampingan:
mee kuning - dicelur
1 biji timun - dipotong halus
1 biji sengkuang - dipotong halus
30 sen taugeh - dicelur
5 biji telur - direbus celup dgn bancuhan cucur udang dan digoreng
2 keping tauhu - celup dan digoreng & dipotong kiub
Kuih cucur udang - dipotong kiub

Bahan2 kuah:
2 biji ubi kentang - direbus & dilecek
1 biji keledek - tak letak pun
200gm kacang tanah - digoreng & dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
2-3 camb cili kisar
3-4 camb gula merah - gula merah tak der , letak gula putih jer
60ml air asam jawa pekat
1/2 liter air rebusan udang (150gm udang - direbus dengan kulit & kepala)
minyak untuk menumis
garam & gula pasir secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar hingga wangi
2. Masukkan air rebusan udang, ubi keledek, ubi kentang, gula merah, air asam jawa, kacang tanah, sos tomato, sos cili, garam & gula secukup rasa.
3. Biarkan kuah mendidih perlahan2. Renihkan sehingga kuah pekat sedikit.

Bahan2 cucur udang:
150 gm udang yg tlh direbus tadi-buang kulit
100gm tepung gandum
1/2 camt soda bikarbonat - tak letak pun
125-130ml air kepala udang yg telah dikisar
garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng

1. Satukan tepung yg telah diayak sekali dengan soda bikarbonat, garam, udang, air kepala udang yg telah dikisar dan kacau sebati.
2. Bancuhan harus sederhana cair
3. Gorengkan di dalam minyak yg panas,angkat dan toskan.
4. Potong bentuk dadu besar
Tambahan - daun kucai

Nota Haniss:
Bancuhan tepung tu sebelum campur dengan udang kita gunakan untuk celupkan tauhu, telur dan kentang rebus dan goreng seperti biasa.


Pecal lele......tak tahulah masakan dari daerah mana, jumpa resipi ni dalam majalah SAJI 2005 (cover majalah Ziela Jalil masa tu), ikut majalah resipi ni guna ikan keli, maka Haniss pun masa dengan keli juga lah (sebenarnya tak berapa minat sangat dgn ikan ni - tapi ahli2 rumah yang lain cukup suka dengan ikan keli). Ikan keli yang dimasak ni jenis bela yang diberi makan `palet'..ishhhh betui ka ejaan dengan sebutan ni...main sebut dan taip jer .



Pecal Lele
Sumber: SAJI 2005

Bahan

Ikan keli - basuh bersih, kelar, letak garam kunyit, goreng dan ketepikan.
8 biji cili merah
8 biji cili api
sedikit belacan
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
limau nipis/kasturi
garam

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan goreng kesemua bahan kecuali limau nipis dan garam.
2. Goreng agak2 dalam 5 -7 minit, angkat dan tumbuk kesemua bahan dengan garam.
3. Perahkan limau nipis dan letakkan bahan sambal ni diatas ikan keli yang telah siap digoreng tadi.


Quote:
selepas baca komen teman2 semua baru ku tahu yang lele = keli.... kalau tak sampai ke sudahnya tak tahu . Seperti kata Madiha masakan ni berasal dari tanah seberang (tak pasti la kepulauan mana ). Mengikut Jasmeen pula kalu yang asli nya lele ni di bakar.....versi ni sy pernah makan dulu kat rumah sorang teman mak dia masakan ikan keli ni.....dipanggang, kemudian siram dengan kuah santan yang dicampurkan beberapa bahan termasuk daun cekur, perghhhhhhh sedapnya, dipanggil Pecal juga masakan ni.




Cuti sekolah dah pun bermula, musim kenduri kahwin pun banyak lah..........bawah ni lauk kenduri ahad lepas.....ada sambal udang petai tu....Cencaru bakar dengan air asam pun ada tapi tak ambil, cam tak berapa sesuai pula sebab aniss dah tersilap ambil nasi minyak. Gambar ni jer yang ambil tu pun malu2 kucing nak petik kamera (orang tengah ramai masa tu).






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net