Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Jun-2009 05:39 Email | Share | Bookmark
Jalan2 tambah berat badan - Mee Rebus Tapah + entry macam macam

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Patutnya letak ent3 Mee Rebus Tapah ni dulu sebab ni la dikira JJTBB semasa perjalanan untuk balik kampung baru baru ni...tapi tak kisah lah kan mana yang edit gambar dulu yang tu la masuk dulu.

Mee Rebus Tapah.....penangan `Warung Kita' ku singgah juga makan kat sini semasa dalam perjalanan balik ke utara tempohari, plan asal nak makan kat kedai tepi Masjid kat Tapah yang ada nasi campur dengan ikan bakar ( memanjang plan, memanjang tak ikut jugak ), takut tesasar dan lama pula nanti kat Pekan Tapah ,maka makan jer lah kat Mee Rebus Tapah, lagi pun bila sampai kampung nanti nak makan nasi kenduri pulak (manjang ingat nak makan ja).

jom layan gambar


Senang jer nak cari, keluar dari tol Tapah jumpa lampu isyarat , belok kanan dan dalam jarak 100meter sebelah kanan berhadapan dengan sekolah.


Dah sampai semangkuk Mee Rebus Tulang, jemput makan


Anak2 tak nak Mee, dia orang makan nasi Ayam.



Cerita masa kat kampung pula...
Sampai pun dah agak petang, rehat sekejap dan buat apa yang patut, p makan kenduri pulak kat rumah jiran yang juga merangkap saudara bau bacang, kenduri kat kampung tak kira masa sampai ke malam pun tuan rumah rumah masih sudi melayan tetamu . Jamuan secara buffet tapi ada pulak orang sudi yang mai hidang kat meja kita...lauk yang ada pun dah tak berapa banyak, tapi kenyang jugak lah.


Lauk kenduri - Masak lemak ikan talang dengan nenas, daging masak hitam & ayam merah.



Lepas makan dan salam2 dengan orang kampung semua, tinjau pulak kat bendang belakang rumah.




Pokok durian kat rumah mak......sayang nya masa kami balik tak sampai lagi untuk masa dia gugur. Jamu mata la nampaknya, anak nak makan juga, jadi kena la pi cari kat pekan hari keesokannya.

Aneka jenis nasi lemak, sarapan setiap hari


Nasi lemak lima kupang - lauk telur dengan 4 ekor ikan bilis.


Nasi lauk daging - RM 1


Nasi lemak 5 kupang - lauk sambal udang.



Kueh beli ya.......bukan buat sendiri. Ikut kata mak kueh ni di panggil Apam Puri, sedikit gambaran mengenai bentuk dan rupa paras kuih ni:
o Berbentuk separuh bulat
o Kulit nya macam ketayap tapi tebal sikit, kelembutan macam apam
o Inti kastad dan lebih sedap lagi rasanya kalau ada jagung
o tak perlu kelim atau sebagainya , lepas dimasukkan inti lipat dan tekan sikit kat tepi tu.

Ikut tekak haniss memang suka sangat lah dengan Apam Puri, tapi buat nya tak tahu.....jadi kalau la sifu2 masak dan rakan2 di fp yang tau macam mana nak buat Apam Puri boleh lah berkogsi kat sini. .

Sekian saja entry untuk kali ni....akan bersambung dengan sesi makan2 lagi lepas ni.

Quote:
terima kasih en. lukman atas keperihatinan tu, sebenarnya belok ke kanan ...saya yang tersilap taip dan dah betulkan dah pun


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net