Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 3-Jul-2009 03:11 Email | Share | Bookmark
Selera `Sup'

 
 
 
 
 
 


Mee Sup sempoi, tak sampai setengah jam dah boleh hidang dan makan. Bahan pun tak banyak n tak buat pun tak la renyah. Kalau ada cili jeruk atau pun cili api potong + kicap pun lagi lah ok......kalau dah terdesak tu tabur serbuk lada sulah pun dah ok.

Mee Sup

1 peket mee
Udang basah - saiz sederhana (boleh tambal fishball/fishcake jika suka)
3 ulas b.putih
1 kiub pati ayam - guna stok ayam pun boleh
sayur sawi/karot atau apa2 jenis sayur
garam secukup rasa
bawang goreng/daun sup
2 biji telur

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih , jangan sampai kekuningan atau garing sangat, nanti kuah kaler tak cantik
3. Masukkan air dan kiub ayam - air untuk kuah agak2 lah.
4. Biar mendidih, kuatkan api dan masukkan telur.
5. Slow skit api, masukkan sayuran, dan segala fishball/fishcake .
6. Masukkan udang dan mee...biar kejap beberapa minit...dah masak
7. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang, hias skit dengan tomato.

Lanjutan dari mee sup ni beberapa hari lepas pekena `Sup' pula dekat Ani Sup Utara. Nak mencuba...macam2 jenis sup ada kat sini, Supa Ayam, Daging, Kambing, perut dan ada lagi 2-3 maknika jenis sup lagi, pendekata semua janis sup lah ada. Sebenarnya nak buat sup ni tak la leceh dan susah mana pun kan tapi tu lah sesekali nak juga merasa yang kat luar punya. Dalam fikiran sekarang ni dok teringat Sup Tulang Chef wan dan rasa2nya nak masak sup ni kut hujung minggu ni.....kalau jadi tu adalah ditempekkan kat sini nanti




Haniss order Sup Ayam, manakala en.suami pula dengan sup kambingnya, so-so ja rasanya sebab yang buat sendiri pun rasanya lebih sedap kut..... kalau nak bagi bintang tak de lah sampai 5 bintang (dari segi rasa la - marah tokeh ASU ni kalau dia baca ), tapi kebersihan dan dekorasi kedai tersangat lah ok nya.


Pilihan anak2 - manjang oder nasi Ayam, tak muak2 pula tu. :



Seperti biasa nak selit juga koleksi pinggan lama yang kita ada dan simpan, ni kira acara selingan la...harap tak muak tengok ya.....


Set bunga kangkung.- sebahagian saja ya...ada lagi yang belum enterprem.

Quote:
Nota untuk:
Siti - saya makan ASU kat Bdr Baru Bangi, cawangan ni masih lagi baru dibuka....sederet dengan butik tudung Ariani)mungkin tukang masak saya hari tu masak ok kut, boleh lah jugak tekak saya menerimanya, pernah juga dapat sup yang tak berapa kawwww sebelum ni (kat cawangan lain tapi masih kat Bangi juga -Sek. 4).
Zana - `utara' tu maksud dia Siam la kut gamaknya,.....hehehhe



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net