Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Jul-2009 05:21 Email | Share | Bookmark
Sup Chef Wan, Roti Marble & Sambal hitam Ikan bilis

 
 
 
 
 
 
Seperti yang diperkatakan tempohari nak masak Sup Chef wan ni...jadi juga akhirnya, tapi saya gunakan tulang (tak guna ekor ya )...dulu2 ok je segala sup ekor, otak semuanya saya belasah makan tapi semenjak 2 - 3 menjak ni jer rasa kurang skit pada jenis2 makanan camtu......Tulang2 pun pun tulang asal ada nama Sup Chef Wan kan.........mungkin kalau guna ekor lagi sedap kut.. . Resipi Sup Ekor Chef Wan ni saya ambil dari blog Zaiy yang sekarang ni tengah balik cuti2 kat m'sia.


Tengah mereneh sup dalam periuk tekanan.

dah siap sedia samada hidang dengan nasi ataupun cicah roti pun sedap jugak.

Quote:
Sup Ekor Lembu Chef Wan
Sumber; Blog Zaiy@Kenangan Terindah

Bahan-bahan:

125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu - guna 1kg tulang lembu
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - hanis lebihkan skit lagi air
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam,
lada hitam yg baru dikisar - terlupa letak
daun ketumbar - dihiris2
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2 - ketuk ja, tak hiris pun
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan - haniss tumis tulang sehingga kering airnya.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.


Nota: Haniss masak dalam periuk tekanan.



Roti lagi , kali ni buat Roti Marble Coklat pula, resipi Onigiri dari Myresipi.....tak berapa nak licin dan sekata lepas dipintal/dendan dan celoreng marble pun berselerak. Ambik lah juga gambar langkah2 semasa nak mendadan roti marble ni sebagai rujukan.





Quote:
Roti Marble Coklat
sumber: onigiri@myresipi.com

Bahan-bahan

200 gram tepung roti - guna 250gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
2.Perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
3.Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
4.Satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah. tutupkan keseluruhan adunan tadi potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang. letak dlm sandwish loaf.
5.Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
6.Siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.
7.Siap dipotong tinggal nak ngap je..sesape dah cuba jgn lupa bagi report ye..




Pernah makan sambal ikan bilis hitam?.....Sambal ni merupakan sajian dari negeri Pahang, tetapi menurut rakan sekerja saya ianya hanya popular kat beberapa daerah saja kut tak silap kat Kuala Lipis dan Jengka (kalau salah tolong perbetulkan ya). Saya pernah merasai/ makan yang asli dari daerah tersebut tak lama dulu ...dimasak menggunakan belimbing buluh yang direbus hingga hitam kemudian baru disambalkan pulak dengan ikan bilis. Bila kepasar malam minggu lepas nampak ada jual belimbing buluh, terus saya beli.....dalam myresipi dah ada resipi tu, boleh lah eksperiman . Untuk kes Sambal belimbing yang saya hidang ni, belimbing tak direbus sampai hitam pun.

Quote:

Sambal ikan bilis hitam
Sumber: Tiena@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5 org )
10 biji cili padi - saya guna 15 biji
1 piring kecil ikan bilis
5 biji belimbing buluh yang direbus sampai hitam -guna 10 biji, rebus sat jer & tak hitam pun
1 biji bawang dipotong - guna bawang merah 5 ulas
sedikit minyak masak
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit kunyit

Cara-cara

1. Blender cili n belimbing hingga hancur
2. Kemudian masukkan ikan bilis n blender separuh hancur
3. Panaskan minyak tumis bahan blender td....masukkan bawang, masukkan kunyit
masukkan garam n bahan perasa, goreng sehingga garing
4. Siap untuk dihidangkan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net