Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Jul-2009 06:16 Email | Share | Bookmark
Mexican Bun

 
 
 
Projek nak buat Mexican Bun ni sebenarnya dah lama, berbulan dah kut resipi dia dok terperap .....dok tergendala dengan macam2 hal ja sebelum ni, jadi dihari minggu nan lalu tak ada episod nak jalan2/keluar kemana2 makan dah set la nak buat Bun ala2 Mexico ni, alaaa yang macam dok jual kat Roti Boy tu. . Masa tengah bakar tu bau semerbak jer......rasa macah tengah lalu kat kedai roti ni . Makan lepas keluar oven tu memang lah teramat sedapnya, tapi jika disimpan sampai keesokan harinya agak melekit jugak lah topping roti ni.


Gambar atas : kiri adalah filling, manakala sebelah kanannya pula untuk topping.


Selepas dibakar.


Keratan rentas Mexican Bun tersebut.......cukup gebus skali....(puji sendiri )

Quote:


Mexican Bun
Sumber: Lilydvalley @myresipi.com


Bahan-bahan ( 17 biji bun )

Filling
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum

Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega

Cara-cara Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.

Doh Roti

1. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
2. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
3. Masukkan telur dan air/susu segar.
Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
4.Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
5.Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
6.Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan 7.5 cm.
7.Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
8.Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
9.Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan


Nota: Haniss hanya buat 1/2 adunan dan dapat dalam 8 ketul bun.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net