Rahaniss Fotopages

By: Raha niss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Nov-2009 05:46 Email | Share | Bookmark
Nasi Daging Utara

 
 
 
Salam pagi selasa, apa khabar semua.....tak nak cerita panjang2 (tak dan ). Sabtu lepas masak Nasi Daging versi Utara, ambik resipi dari fp Ana Penang, cicah dengan air asam dan disertakan dengan acar timun. Lama sangat dah tak makan nasi daging ni yang biasa nya dibuat masa majlis kenduri doa selamat dikampung Haniss, tak pun semasa Hari Raya Korban sebab cara buatnya pun mudah....tapi rasanya jarang dah jumpa menu ni masa kenduri kendara. Air asam tu pula biasanya dicampur dengan sedikit kerisik untuk cicahan daging......tapi kat rumah sendiri tak buh la, tak makan pula ahli rumah nanti....


Buat pun dah lewat, kul 6 petang baru la makan Nasi Daging ni.......ehhehe `tea' dengan nasi, kenyang sampai ke malam.



Quote:

1 kilo daging...dipotong 4 segi agak besar dan di rebus hingga lembut
1 kilo beras basmathi...bersih dan toskan
Air rebusan daging di sukat bersamaan dgn sukatan beras basmathi...
1/2 cawan susu cair...
1/2 cawan minyak masak
3 s/b minyak sapi
1 tin tomato sup Kimball - tak letak pun, buh tomato sos jer beberapa sudu
3 s/b rempah nasi daging...boleh beli kedai mamak rempah...kalau tak de boleh guna rempah kurma - guna rempah kurma, balik kpg nanti kena pi kedai mamak beli rempah ni1
sudu kecil rempah sajira - rempah ni mmg susah nak dapat...tapi boleh tanya kedai mamak yg jual rempah......kalau x ada tak yah masuk - tak letak pun, kena pi cari kedai mamak juga ni
sedikit gula batu - gula batu tak dak, tak letak juga
dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan - pun tak letak

Bahan tumis :-

4 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar - untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai - diketuk (terlupa letak)

1 labu bawang besar - dikisar (Haniss mayang ja)
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar

Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air...kacau biar wangi
5. Masukkan air rebusan daging yg tlh disukat, tomato sup dan daging yang tlh lembut
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi...boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam

Hiasan dgn taburan bawang goreng dan boleh dimakan dgn dalca dan air asam.


Nota:
1. Hanis guna sukatan cawan beras tu dan air pula dengan ratio 1:1 1/2.
2. Air asam lebih sedap dicampurkan dengan kerisik anggaran dalam sesudu, jangan la banyak sangat.
3. Lebihkan air rebusan daging lepas tu jadikan sup, hanis tambahkan dengan sedikit celery, kentang dan juga daun sup/. Kalau rajin boleh la buat dalca.
4. Ada juga sesetengah versi tak dibenamkan daging dalam nasi, just ambik daging dari sup tu lah untuk dicicah dengan air asam.
5. Ada satu lg versi daging tadi rebus sebesar tapak tangan, dimasak dengan sedikit rempah (dari kedai mamak)dan juga sos macam kemerahan skit, kemudian dipotong nipis dan dicicah air asam untuk dimakan dengan Nasi tersebut - yang ni kena intebiu mak dulu la tentang cara2 membuatnya.




Sarapan kami sekeluarga merangkap juga makan tengahari, Lempeng kelapa cicah sambal ikan bilis dengan lebihan nasi daging semalamnya (simpan lam peti ais, cuma keluar dan panaskan semula- tak elok membazir ).....erkk kenyang, petang lepas zohor dah boleh keluar jenjalan...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net